CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28754|Reply: 0

[Sabah] Lelaki maut dipukul rakan sekerja di Keningau

[Copy link]
Post time 28-12-2023 06:35 PM | Show all posts |Read mode


KENINGAU: Seorang lelaki maut selepas dipercayai dipukul rakan sekerjanya dalam kejadian di sebuah premis mencuci kereta di Kampung Apin-Apin di sini.

Kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 8.30 pagi pada 24 Disember lepas membabitkan dua pekerja pencuci kereta di premis terbabit.

Ketua Polis Daerah Keningau Superintendan Yampil Anak Garai berkata, mangsa yang berumur 52 tahun disahkan meninggal dunia dan positif COVID-19 ketika menerima rawatan di Hospital Keningau kira-kira jam 11 pagi hari yang sama.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak Forensik Hospital Keningau untuk tindakan selanjutnya.

"Siasatan awal mendapati, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) berikutan laporan awal mangsa terjatuh akibat tindakan suspek yang hendak menyembunyikan fakta sebenar kejadian.

"Terdapat dua saksi utama yang menyaksikan secara langsung kejadian itu iaitu seorang pekerja premis berkenaan dan seorang lagi anak kepada majikan masing-masing lelaki berumur 26 dan 15 tahun.

"Punca kejadian dipercayai, suspek yang berumur 29 tahun tidak berpuas hati dengan mangsa kerana malas bekerja dan sering bertengkar mulut," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dan suspek adalah Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah seliaan Pejabat Parol Keningau yang masih menjalani hukuman penjara.

Beliau berkata, selain sebagai rakan sekerja, kedua-duanya juga tinggal di tempat sama yang disediakan majikan sejak empat bulan lepas dengan gaji RM600 sebulan.

"Rakaman percakapan doktor (Unit Forensik) memaklumkan terdapat kesan lebam pada bahagian belakang kepala mangsa yang belum dapat dipastikan puncanya.

"Hasil CT Scan mendapati mendapati ada kesan retak pada tengkorak yang mungkin menyebabkan pendarahan dalaman pada otak mangsa.

"Pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau berjaya menangkap suspek dan merampas beberapa barang kes antaranya penyodok tanah, kayu baseball (digunakan mangsa untuk mengacah suspek sebelum kejadian), telefon bimbit, dan satu memori kad kamera litar tertutup (CCTV)," jelasnya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.055717 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list