CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6654|Reply: 0

[Sabah] Sarawak tolak kumpulan pelampau cuba bantut usaha pembangunan negeri

[Copy link]
Post time 27-12-2023 01:46 PM | Show all posts |Read mode


Lee (kanan) sempat bergurau dengan Henry (kiri) semasa kunjungan beliau ke kediaman keluarganya di Rumah Terbuka Hari Krismas di Bung Konis, Singai, hari ini.

KUCHING: Sarawak menolak kumpulan pelampau yang cuba membantutkan usaha kerajaan negeri membangunkan negeri ini sebagai negeri berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata demikian kepada pemberita semasa mengadakan kunjungan ke Rumah Terbuka Hari Krismas Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Henry Harry Jinep hari ini.

"Kita juga perlu sentiasa berwaspada dengan golongan pelampau kerana Sarawak sama sekali tidak menyambut kedatangan mereka ke sini.

"Mereka mungkin mempunyai agenda, kita juga mempunyai agenda kita sendiri yang mana kita mahu Sarawak sentiasa harmoni, aman dan damai agar kita dapat membangunkan negeri.

"Pada masa yang sama rakyat juga boleh menikmati kedamaian dalam kehidupan," katanya kepada pemberita.

Sarawak mempunyai sasaran dalam Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 yang sentiasa diuar-uarkan oleh Premier Sarawak, kita bekerja keras supaya Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi, tambahnya.

Ujar beliau perkara itu termasuk asasnya yakni perpaduan dalam kalangan rakyat, harmoni itu yang memberikan jaminan bagi bekerjasama dan mencapai matlamat tersebut.

"Fokus kita adalah perpaduan kaum, inklusif, keharmonian beragama dan bebas mengamalkan kebebasan kebudayaan.

"Kepelbagaian tidak akan terjadi dengan indah jika tiada perpaduan," tegas beliau.

Beliau gembira melihat masyarakat daripada pelbagai lapisan datang dan berkumpul bersama dan mencipta Sarawak unik dan menjadi model contoh kepada negeri-negeri lain untuk diteladani dalam Malaysia.

Diharap ia akan berterusan dan dipelihara harmoni dan persefahaman yang baik sesame rakyat membuatkan kita lain dan menjadi model contoh di dalam negara, jelasnya kemudian.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.635228 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list