CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9264|Reply: 0

[Terengganu] Ular sawa 120kg kekenyangan selepas telan 6 ekor ayam

[Copy link]
Post time 24-12-2023 04:17 PM | Show all posts |Read mode

Anggota APM memegang ular sawa seberat 120 kg yang berjaya ditangkap di Kampung Pelandan, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Seekor ular sawa seberat kira-kira 120 kilogram (kg) yang dipercayai telah menelan enam ekor ayam peliharaan berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kampung Pelandan di sini hari ini.

Haiwan reptilia sepanjang hampir 5.4 meter itu ditangkap di dalam reban ayam pada pukul 7.45 pagi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Hulu Terengganu, Mohd. Zabri Abd. Razak berkata, ular sawa yang kekenyangan tersebut ditemui melingkar di dalam reban tersebut oleh penternak ayam berkenaan.

“Seramai enam anggota APM Hulu Terengganu telah bergegas sebaik menerima maklumat tentang penemuan ular sawa terbabit.

“Mereka mengambil masa hampir 10 minit untuk menjinakkan sebelum menangkap haiwan reptilia berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Zabri berkata, ular sawa itu telah dibawa pulanh ke Pejabat APM Hulu Terengganu untuk simpanan sementara.

Jelas beliau, haiwan reptilia terbabit akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... -telan-6-ekor-ayam/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.069617 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list