CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12117|Reply: 0

Wanita Tua Lumpuh Mati Rentung Dalam Kebakaran Libat 12 Rumah

[Copy link]
Post time 22-12-2023 11:02 AM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU – Seorang wanita lumpuh, Idam Hamid yang berusia lingkungan 50 tahun, rentung dalam kebakaran membabitkan 12 rumah dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam, di Kalansanan, Inanam malam tadi.


Ketua Zon Kota Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penguasa Kanan Bomba, Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.10 malam.




Foto: Kosmo




“Seramai 31 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian. Kebakaran itu menyebabkan 12 rumah yang dihuni 14 keluarga musnah sepenuhnya.


“Api berjaya dikawal sekitar pukul 1.16 pagi dan tiga mangsa lain termasuk seorang wanita berusia 16 hingga 20 turut melecur manakala seorang wanita mengandung berusia 23 tahun, pengsan.


“Semua mangsa terbabit kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta jumlah kerugian yang ditanggung oleh mangsa,” katanya. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.356771 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list