CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20254|Reply: 2

Sarimah Ibrahim Penat Lakon Babak Menangis Tapi Rasa Puas

[Copy link]
Post time 21-12-2023 11:50 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan rasa teruja kembali ke dunia lakonan selepas sekian lama 'berehat'.


Kata Sarimah, karya terbitan produser, Erma Fatima sangat menarik perhatiannya untuk menerima tawaran berlakon dalam Lelaki Itu.






"Saya teruja sebab ini satu projek besar TV3. Kemudian saya pun dah lama tak berlakon.


"Kali terakhir berlakon adalah 15 tahun lalu. Saya sebenarnya tunggu anak perempuan saya besar. Jadi,  bila dah besar dia kena terimalah saya masuk set semula.


"Berlakon pula di bawah arahan Erma Fatima, siapa yang tak mahu kan? Watak dan jalan cerita drama Lelaki Itu sangat menarik," katanya.


Selepas berehat panjang, Sarimah terpaksa mengikuti kelas lakonan bagi mengasah semula bakat lakonannya.


"Alhamdulillah, saya tak berapa gemuruh. Sebelum saya terima tawaran ini, saya dah buat latihan dalam lakonan untuk tambah ilmu dan persiapan diri.


"Saya banyak berlatih. Saya suka cara Erma Fatima bekerja. Ia sekali gus dapat menghidupkan watak kita. Kita yang memandu skrip, bukan sebaliknya.


"Saya bersyukur apabila bebas untuk tonjolkan apa yang saya ada. Penghafalan saya juga agak baik biarpun sudah banyak buat kerja pengacaraan," katanya.


Mengulas watak yang dilakonkannya, kata Sarimah dia tidak pernah membawakan karakter yang mempunyai pelbagai emosi untuk ditonjolkan.


"Sepanjang saya berlakon ini, saya tak pernah sepenat secara emosi dengan mana-mana produksi. Bayangkan dalam masa satu hari saya ada 8 babak menangis kemudian gembira pula. Ia berat tapi saya puas," katanya.




Sumber: Xtra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2023 05:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawo lak baju dia ni..

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2023 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawa baju sheols. Tapi kalau syuringai pakai, terus kepam jadinyah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.033093 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list