CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5432|Reply: 0

[Sabah] Taman Bandukan Riverside Resort Terima Anugerah Pengiktirafan Asia

[Copy link]
Post time 21-12-2023 07:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 21-12-2023 11:16 AM



ALBUM: Rafie mengabadikan gambar kenangan bersama anugerah Asia Honesty Enterprise Awards 2023 yang diterima beliau di Kuala Lumpur.

KOTA KINABALU: Pusat pelancongan tempatan Sabah-Taman Bandukan Riverside Resort Sdn Bhd (TBRR) meraih pengiktirafan sebagai penerima anugerah Asia Honesty Awards (AHA) dalam kategori Asia Honesty Enterprise Awards 2023, baru-baru ini.

Pengarah Pengurusan TBRR, Rafie Robert mewakili organisasi itu menerima anugerah berprestij berkenaan pada majlis penyampaian AHA ke-11 yang berlangsung di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur, Jumaat lepas.

Asia Honesty Award merupakan anugerah yang mengiktiraf pencapaian luar biasa bagi perniagaan, organisasi serta individu yang bertujuan mengenalpasti integriti dalam sesebuah organisasi seluruh Asia.

AHA merupakan salah satu daripada empat majlis penganugerahan bertaraf antarabangsa dibawah salah sebuah persatuan usahawan terbesar di Asia iaitu Asia Excellence Entrepreneur Federation (AEEF) yang diasaskan oleh Prof. Datuk Seri Paduka Dr. Robin Tan yang juga Presiden HWT Group Berhad.

Setiap tahun, AEEF menerima lebih daripada 1,000 pencalonan yang terdiri daripada usahawan dan perusahaan Asia bagi penganugerahan itu.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Senator Saraswathy Kandasami menyampaikan anugerah pengiktirafan itu kepada seramai 61 usahawan dan perusahaan yang terpilih.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada usahawan dan perusahaan yang menerima anugerah pengiktirafan AHA kali ini dan berharap mereka akan terus menunjukkan prestasi yang cemerlang di masa akan datang.

Sementara itu Rafie Robert berkata, penganugerahan kali ini akan menjadi titik permulaan untuk terus memajukan dan mengembangkan TBRR ke arah yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

"Kita sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan dan kejujuran dalam menjalankan perniagaan. Anugerah ini mengiktiraf TBRR sebagai organisasi perniagaan yang jujur dan berintegriti dalam kalangan komuniti perniagaan Asia," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.954031 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list