CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7935|Reply: 3

Abang Katak Dihina, "Macam Orang Bodoh Pakai Macam Ni, Jalan-Jalan Kat Bandar Panas-Panas"

[Copy link]
Post time 21-12-2023 02:28 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – “Macam orang bodoh ja pakai macam ni, jalan-jalan kat bandar panas-panas.”


Itu ungkapan berbaur hinaan yang dilemparkan kepada seorang lelaki ketika mencari rezeki dengan mengenakan kostum katak.


Menggunakan nama Oby Shaari di Facebook, dia memaklumkan kembali memakai kostum katak sambil berjalan-jalan di Bandar Kota Tinggi sebagai punca rezeki.


Foto: Kosmo




Namun, Oby berasa kecewa selepas terdengar seorang individu melemparkan kata-kata berkenaan, tetapi mengambil keputusan untuk mengabaikannya.


“Adalah hamba Allah seorang ni cakap dengan kawan dia, kita dengar ja. Bila berhenti tengok, dia terus blah. Yang aku tahu kerja aku ni hina di mata orang yang berharta macam kau, sebab tu kau boleh cakap macam tu.


“Sebab aku sedang usaha untuk isteri aku yang sedang mengandung sekarang ni. Aku cuma nak hiburkan budak-budak dan diri sendiri,” katanya.


Rata-rata orang ramai meminta supaya dia tidak mempedulikan kata-kata individu berkenaan selagi rezeki dicari secara halal.


“Jangan pedulikan cakap orang bang. Selagi rezeki halal dan tak susahkan sesiapa, teruskan,” ujar Mohamad Fadil.


“Biar dia, suatu hari dia rasa. Rileks sudah,” pesan Che Him.


“Jangan putus asa abang katak. Setiap yang berusaha pasti akan menemui kejayaan,” komen seorang lagi pengguna.


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2023 04:59 PM | Show all posts
panasnya
tapi bagus dia usaha cari rezeki
daripada meminta2 derma

tolong jangan jual mangga kat traffic light
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 05:19 PM | Show all posts
ada orang fobia katak

semoga terhibur

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 06:06 PM | Show all posts
sian depa.. at least cari rejeki halal.. some tu OKU ye.. cam bisu pekak

keja apa yg buleh buat pun, fresh grad pun melambak tanam anggur

ritu meols sedekah yg duk depan sogo tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.061154 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list