CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11238|Reply: 0

[Terengganu] Terengganu siap sedia kemungkinan banjir gelombang ketiga

[Copy link]
Post time 20-12-2023 09:49 AM | Show all posts |Read mode
Terengganu siap sedia kemungkinan banjir gelombang ketiga


Faizul Azlan Razak
am@hmetro.com.my



FOTO HIASAN.




Kuala Terengganu: Terengganu berkemungkinan menghadapi hujan lebat berserta angin kencang yang dijangka melanda negeri ini sekali gus berlaku banjir gelombang ketiga.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, pihaknya menjangkakan jika ramalan itu berlaku, ia susulan daripada kejadian ribut tropika Jelawat yang melanda di tenggara Filipina.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) yang menjangkakan hujan lebat dan gelombang ketiga diramal berlaku di negeri ini bermula pada 22 hingga 26 Disember ini.

"Banjir gelombang kedua yang melanda negeri ini baharu saja pulih apabila semua pusat pemindahan sementara (PPS) di tutup sepenuhnya pada 2 petang, semalam dan kita menjangkakan hujan lebat serta angin kencang kemungkinan dijangka berlaku mulai Jumaat ini.

"Sekiranya terdapat kesan daripada ribut tropika Jelawat, kita mungkin akan menghadapi hujan yang berat (lebat) dan kemuncaknya pada 24 dan 25 Disember ini.

"Ini baru ramalan yang dikeluarkan MetMalaysia, namun dalam masa sama kita sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi Monsun Timur Laut," katanya pada majlis penyampaian bantuan banjir Yayasan Petronas di sebuah hotel di sini, semalam.

Sumbangan barangan keperluan yang diperuntukkan kepada 1,500 keluarga terjejas banjir di Terengganu itu disampaikan Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli kepada Tengku Farok Hussin.

Mengulas lanjut, Tengku Farok Hussin berkata, pihaknya dimaklumkan hujan lebat akan melanda seluruh negeri ini membabitkan kawasan pesisir pantai.

Menurutnya, pihaknya menasihatkan penduduk terutama yang tinggal di kawasan pesisir pantai supaya lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada.

"Malah, kita juga memberi arahan kepada semua pengerusi bencana daerah supaya memberi tumpuan di kawasan masing-masing terutama kawasan hotspot," katanya.



Disiarkan pada: Disember 20, 2023 @ 7:45am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.355833 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list