View: 13031|Reply: 13
|
Lepas Kereta Tenggelam Banjir, Siti Jamumall Kemalangan Motor- Patah Jari, Luka Teruk Pada Badan
[Copy link]
|
|
Personaliti media sosial Siti Jamumall berdepan detik cemas apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di Setia Alam, Selangor pada malam Ahad.
Menurut abangnya iaitu Nizam atau Mohd Khairul Nizam Wahiddin, 34, kemalangan itu dipercayai berpunca kegagalan sistem brek pada kenderaan berkenaan.
Foto: IG
Kata Nizam, Siti yang menunggang sendirian meminjam motosikal daripada pembantu peribadinya (PA) disebabkan kereta miliknya ditenggelami air banjir baru-baru ini.
"Kemalangan berlaku pada Ahad lalu sekitar pukul 8 malam. Ketika itu dia menunggang motosikal milik PA dia dan motosikal itu rupanya mempunyai masalah brek.
"Kemudian dia berlanggar dengan pembahagi jalan dan tercampak ke jalan raya. Dia berguling dan motosikal itu menghempap dirinya," katanya ketika dihubungi mStar.
Cerita Nizam lagi, adiknya itu terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Lebih mencemaskan apabila pada awalnya ada ambulans milik hospital swasta enggan membawa mangsa ke hospital selepas melihat keadaannya agak teruk.
"Mula-mula ambulan daripada hospital swasta sampai tetapi mereka tidak berani bawa Siti kerana tahap keadaannya ketika itu dilihat agak teruk.
"Selepas itu ambulan daripada Hospital Shah Alam sampai dan terus membawa Siti ke hospital, sampai di sana lebih kurang dua jam juga kami tunggu untuk dapatkan rawatan.
"Sehinggalah kami telefon hospital swasta yang lain dan Alhamdulillah mereka dapat memindahkan Siti ke hospital berkenaan," ujarnya.
Berkongsi perkembangan terkini, Nizam meluahkan rasa syukur apabila melihat keadaan Siti yang semakin baik.
Kata Nizam, kemalangan itu menyebabkan jari Siti patah dan mengalami luka-luka dibahagian badan yang lain.
"Selepas kemalangan tersebut, jari Siti patah dan dia mengalami luka-luka dibahagian kaki, belakang badan dan paling teruk di bahagian muka. Mujur dia pakai topi keledar, kalau tidak mungkin lebih teruk.
"Sepatutnya doktor mahu memasukkan dawai untuk merawat jarinya yang patah itu tetapi buat masa ini prosedur itu belum boleh dilakukan dan jari Siti hanya disimen.
"Alhamdulillah masuk hari ketiga ini keadaan Siti kini lebih baik. Dia sudah boleh duduk, kalau tidak sebelum ini dia langsung tidak boleh duduk," katanya.
Pada Isnin, Siti atau Siti Suriani Wahiddin, 33, berkongsi sebuah hantaran di Facebook miliknya memaklumkan dia mengalami kemalangan jalan raya.
Menerusi perkongsian itu, Siti turut memuat naik foto dirinya yang terlantar di katil hospital dengan beberapa luka di bahagian wajah. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh nama dia siti suriani.. tiap kali baca nama dia siti jamumall tu mesti i kutuk asal la makpak bg nama mengarut mcmtu haha… |
|
|
|
|
|
|
|
apa-apa je lah sundellll.... ko bukan artis pun.. sibuk nak up cerita dia.. lagi la attention whore ni suka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pa dia tak perasan ke motor brek rosak, tak faham jenis tak kisah keselamatan kenderaan sendiri ni, lepas tu berani kasi orang lain guna, kalau sendiri guna takpalah kita dah tau kondisi kenderaan tu |
|
|
|
|
|
|
|
dan lagi amik gambar adoiii |
|
|
|
|
|
|
|
dah tergolek nak mamp pun sempat berselfie ye |
|
|
|
|
|
|
|
ambulance kalau da sampai bleh pilih nak ambil pesakit atau x ek? |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka
apa kes ek yang tertukar anak tu
|
|
|
|
|
|
|
|
airmineral replied at 20-12-2023 04:14 PM
ambulance kalau da sampai bleh pilih nak ambil pesakit atau x ek?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
salah ambulance rupa nya haha
|
|
|
|
|
|
|
|
airmineral replied at 21-12-2023 04:36 PM
salah ambulance rupa nya haha
Kann… tapi dia punya cerita mcm ambulance tu tak nak layan dia pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota replied at 21-12-2023 06:59 PM
Kann… tapi dia punya cerita mcm ambulance tu tak nak layan dia pulak
Tu la pasal
Mengundang spekulasj |
|
|
|
|
|
|
|
airmineral replied at 21-12-2023 07:59 PM
Tu la pasal
Mengundang spekulasj
dia kn mmg cmtu..smpai i rasa dia accdnt pn fake..muahahaha.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|