CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12073|Reply: 0

[Terengganu] Warung, kedai runcit dibuka seperti biasa walaupun banjir

[Copy link]
Post time 16-12-2023 02:59 PM | Show all posts |Read mode

ENGKU Hasmah Engku Kamaruzaman (kiri) tetap menjalankan perniagaan walaupun premisnya dinaiki air dalam kejadian banjir di Kampung Nibong, Hulu Terengganu, semalam. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT



HULU TERENGGANU: Seorang peniaga di Kampung Nibong, dekat sini, masih jalankan perniagaan warung dan kedai runcitnya seperti biasa walaupun premisnya dilanda banjir, sejak semalam.

Engku Hasmah Engku Kamaruzaman, 48, berkata, kedudukan kedainya berhampiran Sungai Telemong menyebabkan ia sering berisiko dinaiki air sekiranya paras air sungai melimpah.

Menurutnya, kedainya dinaiki air sejak malam semalam dan setakat ini, dia masih boleh meneruskan perniagaan namun sekiranya paras air cecah kedalaman satu meter dia terpaksa menutupnya.

“Berniaga dalam air begini sudah jadi kebiasaan sejak daripada arwah nenek masih ada lagi, dia yang mulakan perniagaan kedai runcit dan warung ini. Kadang-kadang sampai tiga empat hari jika air tidak surut.

“Kini saya dibantu suami, Kamaruzaman Othman, 43, pula uruskan perniagaan yang beroperasi pukul 6 pagi sehingga 11 malam. Sebelah pagi ada makanan untuk sarapan.

“Kami teruskan langkah buka kedai bagi mudahkan penduduk setempat membeli barangan diperlukan selagi paras air masih lagi pada tahap selamat.

“Jalan di kedua-dua hala kampung ini biasanya ditenggelami banjir dan kawasan ini terkepung seperti pulau. Penduduk terputus hubungan, sukar keluar cari barangan keperluan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambah Engku Hasmah, sebagai langkah kurangkan kerugian pada musim tengkujuh akibat barang rosak ditenggelami banjir dia tidak menyimpan stok begitu banyak di premisnya.

Ujarnya lagi, tindakannya membuka kedai juga secara tidak langsung membolehkan surirumah yang menghantar kuih muih ke warungnya tetap dapat mencari rezeki. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... sa-walaupun-banjir/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.292082 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list