CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12263|Reply: 0

[Terengganu] Pengusaha lebah kelulut rugi akibat banjir

[Copy link]
Post time 16-12-2023 02:37 PM | Show all posts |Read mode

YAHYA Yasin melihat sarang lebah kelulut diusahakannya yang semakin hampir dinaiki air akibat banjir di Kampung Paya Besar, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT




HULU TERENGGANU: Seorang pengusaha lebah kelulut di Kampung Paya Besar dekat sini hanya mampu berdoa dan berharap nasib baik menyebelahinya pada musim tengkujuh kali ini.

Yahya Yasin,47, berkata, sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam dunia ternakan tersebut dia telah berputih mata ratusan ribu ringgit apabila sarang kelulutnya musnah tenggelam dan dihanyutkan banjir.

Menurutnya, sebagai tindakan bagi mengurangkan risiko kerugian pada banjir kali ini dia telah sediakan bongkah kayu di kawasan tinggi berhampiran rumahnya bagi menempatkan sarang.

“Sebelum ini ada 100 lot kelulut namun banyak yang musnah akibat banjir, sekarang ada lebih kurang 30 lot sahaja. Setiap kali banjir saya alami kerugian, paling besar pada Februari tahun lalu iaitu lebih RM40, 000.

“Dua tahun lalu, saya telah ambil inisiatif tambak tanah berhampiran rumah untuk letakkan sarang namun kerana banjir luar biasa tahun lepas, banyak yang musnah kerana tidak sempat memindahkan lot kelulut.

“Sebagai persediaan hadapi tengkujuh kali ini, sekitar pertengahan tahun baru-baru ini saya sediakan bongkah kayu di kawasan tanah telah ditambak untuk letakkan sarang kelulut,” ujarnya.

Tambah Yahya, tindakan itu diharapkannya berhasil bagi kurangkan risiko jumlah kerugian akibat banjir sekali gus menyelamatkan perusahaan yang menjadi sumber pendapatan.

“Kampung ini telah dinaiki air dan ada penduduk telah berpindah ke pusat pemindahan sementara sejak pagi semalam. Setakat ini, kawasan sarang kelulut masih lagi selamat kerana belum dinaiki air.

“Saya sendiri tidak pasti nasib kali ini macam mana, cuma mampu berdoa dan tawakal setelah usaha dilakukan. Kawasan telah ditambak tanah itu biasanya tidak dinaiki air kecuali banjir luar biasa seperti Februari dan Disember tahun lepas.

“Akibat banjir besar dulu, saya hilang sumber pendapatan antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan dan kembali bangkit selepas itu. Tidak pasti macam mana nasib tengkujuh kali ini,” ujarnya. – UTUS
https://www.utusan.com.my/nasion ... rugi-akibat-banjir/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.059508 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list