CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27258|Reply: 0

[Terengganu] Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Kelantan sedikit turun malam ini

[Copy link]
Post time 15-12-2023 10:48 PM | Show all posts |Read mode
Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Kelantan sedikit turun malam ini


Disember 15, 2023 @ 10:41pm



Seorang penduduk meredah banjir dengan membawa barangan keperluan untuk ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kawasan berkenaan dinaiki air ketika tinjauan di Kampung Menerong, semalam. -BERNAMA



KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan mencatatkan sedikit penurunan, manakala keadaan di Selangor tidak banyak berubah, malam ini.

Di Terengganu, mangsa yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah menurun kepada 330 orang daripada 109 keluarga setakat jam 8 malam, berbanding 461 mangsa membabitkan 148 keluarga yang direkodkan pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan, di Hulu Terengganu, 132 mangsa ditempatkan di PPS Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Kampung (Kg) Gunung Menerong, PPS Kg Pengkalan Ajal (146) dan PPS Kg Kemat (39).

Di Setiu, dua PPS yang masih dibuka ialah PPS Kg Besut yang menempatkan lima mangsa dan PPS Surau Mak Bakas dengan lapan mangsa.

Lima PPS termasuk empat di Hulu Terengganu dan satu di Setiu ditutup hari ini setelah kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir berkurangan sedikit kepada 1,033 orang daripada 289 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 1,201 orang daripada 336 keluarga yang direkodkan pagi tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jajahan Pasir Mas serta Machang menjadi kawasan terbaharu terkesan banjir selepas Kuala Krai dan Tanah Merah dengan 18 PPS dibuka di empat jajahan itu.

Di Selangor, menurut Info Bencana JKM, 105 mangsa membabitkan 34 keluarga masih berlindung di PPS SK Jaya Setia dan Balai Raya Parit Mahang, Kuala Selangor setakat 9 malam, berbanding 106 mangsa membabitkan 35 keluarga, pagi tadi.

Berdasarkan portal publicinfobanjir.water.gov.my, dua sungai di negeri itu mencatatkan bacaan paras bahaya dengan Sungai Klang di Selat Muara, Klang setinggi 3.02 meter dan Sungai Labu di Kampung Salak Tinggi, Sepang merekodkan bacaan 9.35 meter setakat 8.15 malam.

Dua sungai pula pada tahap waspada dengan Sungai Klang di Bandar Klang pada ketinggian 2.84 meter dan sungai di RS Batu 8, Kuala Langat merekodkan paras air setinggi 8.35 meter.– BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.226876 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list