CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7455|Reply: 0

[Kelantan] Tanah terhakis, rumah RM1 juta berisiko roboh

[Copy link]
Post time 14-12-2023 04:21 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk, Hamzah Jusoh  menunjukkan hakisan yang berlaku. FOTO Nor Amalina Alias

Bachok: Sebuah rumah dua tingkat dianggarkan bernilai lebih RM1 juta berdepan risiko roboh berikutan berlaku hakisan tanah akibat hujan lebat di Kampung Kuau di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 3.45 petang itu, rumah yang menempatkan enam pintu dikhuatiri akan roboh apabila berlaku runtuhan tanah di belakang kediaman terbabit.

Jiran mangsa, Fadilah Omar, 40, berkata, sebaik mengetahui kejadian, keluarganya terus memaklumkan kepada pemilik yang tinggal di Kampung Binjai, Kota Bharu.

Menurutnya, pemilik memaklumkan mereka sepatutnya berpindah dan tinggal di situ pada Februari depan selepas pembinaannya memakan masa hampir lima tahun.



"Bila terjadi hakisan, ia sudah jadi status tidak selamat, harap pihak berkenaan dapat mempercepatkan bantuan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Turut bimbang dengan kejadian itu, Siti Fatimah Mat, 56, yang tinggal bersebelahan rumah dua tingkat itu.

Katanya, dia tidak dapat tidur lena selepas hakisan tanah berlaku di kawasan itu kerana mempunyai suami, Azmi Abdullah, 66, yang terlantar akibat angin ahmar.

Menurutnya, terdapat tiga rumah menghadap Sungai Kuau dan sudah berlaku tiga kali runtuhan akibat hakisan di kawasan belakang rumah mereka dalam tempoh 10 tahun.

"Dahulu, keluasan sungai tidak sampai 30 meter, sekarang terhakis dan semakin melebar.

"Saya tidur pun tak lena sebab bimbang berlaku lagi hakisan terutamanya waktu malam," katanya.

Seorang lagi penduduk, Hamzah Jusoh, 55, berkata, dua tahun lalu, hakisan berlaku di kawasan belakang rumahnya dan sudah dibuat benteng batu.

Namun, semalam, hakisan berlaku lagi dan meresahkan dia dan isteri, Azma Mohd, 48, serta empat anak berusia 24 hingga 12 tahun.

"Jarak rumah dan sungai sangat dekat, kami sekarang berada dalam keadaan risau sebab musim hujan belum tamat, tambahan pula angin kuat.

"Pada sebelum ini, hampir sebulan kami menumpang rumah ahli keluarga lain dan ketiadaan api dan elektrik kerana bimbang rumah runtuh," katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Irama Mohd Huzaimy Che Hussin turut melawat lokasi kejadian, selain pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Huzaimy berkata, sebelum ini kawasan berkenaan sudah dibaiki membabitkan peruntukan kerajaan negeri dan persekutuan belanja sebanyak RM800,000.

Menurutnya, pihaknya akan membawa kertas laporan daripada JPS untuk memohon peruntukan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan untuk tindakan lanjut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... juta-berisiko-roboh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.051392 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list