CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4611|Reply: 0

[Sarawak] Remaja lelaki ditemui mati di Kampung Pemindahan Marudi

[Copy link]
Post time 14-12-2023 04:16 PM | Show all posts |Read mode




Pasukan bomba bertindak membawa keluar mangsa yang ditemukan meninggal dunia di dalam longkang tersebut hari ini.

MIRI: Seorang remaja lelaki dijumpai meninggal dunia dalam longkang di Jalan Kampung Pemindahan Marudi, dekat sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.20 pagi memaklumkan berlakunya kemalangan jalan raya di lokasi terbabit.

“Sepasukan anggota dari BBP Marudi kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berkenaan.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri berada di dalam longkang berhampiran jalan utama,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sejurus itu, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang berada di dalam longkang menggunakan pengusung.

“Mangsa dikenali sebagai Calroney Carlse berusia 15 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Marudi.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," tambahnya lanjut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.058544 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list