CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3571|Reply: 0

[Sarawak] Semua agensi terlibat di Limbang sudah bersedia hadapi MTL

[Copy link]
Post time 14-12-2023 04:13 PM | Show all posts |Read mode


Parum (dua kiri) pada Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan November dI IPD Limbang baru-baru ini.

LIMBANG: Polis Limbang sudah bersiap siaga untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang sering melanda negeri ini hampir setiap tahun.

Jelasnya, beberapa siri mesyuarat membabitkan semua agensi termasuk Pejabat Residen sudah dijalankan dan semua pihak bersedia untuk menjalankan tugas.

"Kita dalam keadaan siap sedia menghadapi MTL dan beberapa siri mesyuarat di peringkat Ibu Pejabat Polis (IPD) Limbang dan peringkat pejabat residen telah kita buat bersama," katanya kepada media baru-baru ini.

Jelas Parum, terdapat 63 kawasan berisiko banjir yang dikenal pasti di daerah ini dan beliau menasihati penduduk khususnya di kawasan terlibat agar lebih berwaspada dan peka mengenai kemungkinan banjir.

"Saya menyeru kepada semua penduduk terutama di pedalaman sebabnya kita di Limbang ini air sungai Limbang datang dari pedalaman, sentiasa peka dengan keadaan dan kita ada 63 kawasan panas yang kerap berlaku banjir," ujarnya lagi.

Sementara itu katanya, sebanyak  58 kes jenayah komersial dilaporkan berlaku tahun ini  iaitu peningkatan sebanyak 33 kes berbanding 25 kes tahun lepas.

"Kes-kes ini melibatkan jenayah penipuan dalam talian yang direkodkan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) IPD Limbang," ujarnya.

Kata Parum lagi, jenayah narkotik turut menunjukkan peningkatan sebanyak 45  kes berbanding tahun lepas manakala kes lain-lain menunjukkan trend penurunan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.052660 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list