CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2846|Reply: 0

[Sarawak] Pencapaian akademik cemerlang usaha kolaboratif semua pihak

[Copy link]
Post time 14-12-2023 04:06 PM | Show all posts |Read mode


Lau (tiga kiri) menyampaikan anugerah pelajar terbaik kepada Bernice sambil diperhatikan yang lain di dewan SMK Tung Hua, hari ini.

SIBU: Pencapaian cemerlang dalam akademik adalah usaha kolaboratif yang melibatkan bukan sahaja guru tetapi juga ibu bapa dan pihak sekolah yang sentiasa berganding bahu.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tung Hua Goi Nguok Yew berkata, ibu bapa memainkan peranan penting dalam pendidikan anak-anak mereka dengan menunjukkan dedikasi, sokongan dan penglibatan yang boleh mewujudkan asas yang kukuh untuk perjalanan pembelajaran anak-anak mereka.

"Ini boleh dicapai melalui komunikasi yang kerap dengan guru, menghadiri mesyuarat ibu bapa dan guru, dan sentiasa terlibat dalam kemajuan akademik anak-anak," ujarnya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Tahunan SMK Tung Hua di dewan sekolah terbabit hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Temenggung Datuk Lau Lee Ming.

Hadir sama ialah Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Tung Hua Kapitan Ting Tien Tiong serta yang lain.

Menurut Goi, SMK Tung Hua juga konsisten memberikan keputusan yang memberangsangkan dari segi aktiviti kokurikulum.

"Pelajar kita telah mencapai kejayaan luar biasa dalam pelbagai pertandingan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

"Secara khusus, pelajar kita telah cemerlang dalam pertandingan Bulan Sabit Merah, Pandu Puteri, Kelab Leo, kaligrafi Cina, koir, akaun, bola tampar, tenis, Sains dan Matematik.

"Pancaragam sekolah SMK Tung Hua juga dianggap sebagai kumpulan pancaragam sekolah terbaik di bandar ini," kata Goi.

Sementara itu, Lau dalam ucapannya merasa kagum dengan kerja keras pelajar sekolah yang menerima anugerah.

"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah atas pencapaian anda.

"Teruskan bekerja keras dan berusaha untuk hasil yang lebih baik.

"Untuk itu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Pengetua Sekolah Goi Nguok Yew dan kakitangan, Lembaga Pengarah Pengurusan Sekolah, serta PIBG atas usaha dan sokongan tanpa henti mereka dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini," tambah Lau.

Anugerah pelajar terbaik SMK Tung Hua telah dimenangi oleh Bernice Chew Chin Siew yang menerima sebuah komputer riba dan sijil.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.253480 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list