CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1923|Reply: 0

[Sarawak] Ketidakhadiran di Dewan Negara bukan disengajakan: Tiong

[Copy link]
Post time 14-12-2023 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Keputusan sukar perlu diambil antara tugas sebagai menteri dan tanggungjawab hadir di Dewan Negara



TIONG

"Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memahami dengan baik mengenai tuntutan jawatan dalam kementerian yang perlu memenuhi jadual mesyuarat, dialog dan acara, kedua-duanya dalam negara dan luar negara dengan keutamaan tanggungjawab kepada Kabinet dan Dewan Parlimen."
Datuk Seri Tiong King Sing
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

BINTULU: Ketidakhadiran dalam sesi soal jawab di Dewan Negara baru-baru ini bukan disengajakan sebaliknya keputusan sukar perlu diambil dalam keutamaan tugas sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya serta tanggungjawab untuk hadir di Dewan Negara, kata Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing.

Katanya beliau mendapati dirinya perlu membuat keputusan sukar sama ada untuk mengutamakan tugas sebagai seorang menteri berbanding tanggungjawab kepada Dewan Negara.

Begitupun katanya, beliau memastikan bahawa pengurusan 'menang-menang' yang seimbang perlu dicapai antara kedua-dua tugas yang kemungkinan ada pihak yang kecewa kerana beliau tidak hadir menjawab soalan di Dewan Negara.

"Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memahami dengan baik mengenai tuntutan jawatan dalam kementerian yang perlu memenuhi jadual mesyuarat, dialog dan acara, kedua-duanya dalam negara dan luar negara dengan keutamaan tanggungjawab kepada Kabinet dan Dewan Parlimen," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, ia adalah pemberitahuan saat akhir yang diterima pada petang 4 Disember untuk menjawab soalan di Dewan Negara pada 5 Disember.

Begitupun katanya, beliau terpaksa membuat keputusan yang sukar terhadap tanggungjawabnya untuk pembangunan industri pelancongan di Malaysia yang melibatkan beberapa ratus pemain industri yang telah dirancang selama berbulan-bulan, bertembung dengan sesi soal jawab di Dewan Negara.

"Sebagai menteri pelancongan, usaha untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan adalah tanpa henti dan saya mempunyai beberapa mesyuarat penting dan penglibatan yang dijadualkan dalam beberapa minggu akan datang, yang mungkin bertembung dengan persidangan dewan," katanya.

Tiong memberitahu bahawa beliau dijadual ke luar negara dalam misi jualan pada 9 hingga 20 Disember yang telah diatur bahawa Timbalan Menteri Khairul Firdaus Akbar Khan akan menjawab soalan bagi pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

"Sebagai ahli Kerajaan Perpaduan, kita seharusnya lebih memahami peranan masing-masing.

“Untuk memastikan pembangunan keseluruhan negara berada di landasan yang betul, Dewan Rakyat dan menteri Kabinet harus saling melengkapi dan menyelaraskan pengaturannya.

Jelasnya, pelancongan adalah pemacu utama pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan beliau komited untuk melakukan segala yang mampu untuk mempromosikan industri.

Tambahnya, sekarang adalah saat kritikal untuk membantu memulihkan ekonomi negara yang sama pentingnya berusaha untuk memanfaatkan industri pelancongan negara dan mewujudkan ledakan ekonomi yang makmur untuk rakyat, termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Semua orang adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, apa-apa perkara boleh dibincangkan secara baik tanpa menimbulkan kontroversi yang tidak perlu, pertikaian atau menyebabkan salah faham orang ramai, saya harap Tan Sri Wan Junaidi akan memahami keadaan saya,” katanya.

Sebelum itu pada sesi jawab lisan di Dewan Negara, Wan Junaidi mengingatkan ahli Jemaah Menteri supaya menghormati institusi Parlimen dengan hadir menjawab soalan yang dikemukakan kepada kementerian yang diwakili.

Beliau berkata Dewan Negara harus dihormati dan kehadiran seseorang menteri sangat penting dalam menjelaskan sesuatu persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Negara.

“Saya memperingatkan, kalau Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) boleh datang, kedua-kedua Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Sri Fadillah Yusof) boleh datang (ke sidang Dewan Negara), takkan menteri tak boleh datang?

“Takkanlah tempat ini rendah sangat untuk menteri datang. Ini dewan tertinggi Parlimen,” kata beliau semasa Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan sedang menjawab pertanyaan pada sesi jawab lisan di Dewan Negara baru-baru ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.157273 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list