CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1879|Reply: 0

[Sarawak] Rakyat diseru beri peluang kepada barisan Kabinet baharu

[Copy link]
Post time 14-12-2023 03:48 PM | Show all posts |Read mode


ROLAND

MIRI: Rakyat perlu memberi peluang dan ruang kepada barisan Kabinet baharu yang diumumkan untuk memberikan khidmat dengan cemerlang demi kebaikan, pembangunan berterusan dan kemakmuran negara.  

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak Roland Engan berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pastinya telah mengambil kira banyak faktor khususnya cabaran semasa dalam bidang digital, maklumat, alam sekitar, perubahan iklim, hak Sabah dan Sarawak, pendidikan, kesihatan dan keterjaminan makanan yang semakin mencabar.

"Parti Keadilan Rakyat Sarawak sehubungan itu ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jemaah Menteri yang dilantik, dikekalkan dan dipindahkan ke portfolio lain.

"Perdana Menteri yang berjaya menstabilkan politik negara kini boleh menarik nafas lega untuk memberi tumpuan kepada perkara-perkara utama yang memberi impak secara langsung kepada rakyat dan daya saing negara di peringkat antarabangsa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagi PKR Sarawak, Roland berharap Sarawak akan segera diperkasakan secara saksama supaya setanding dengan kemajuan Semenanjung Malaysia dengan tatakelola yang baik.

"Kami juga berharap Belanjawan 2024 akan diterjemahkan dalam bentuk projek pembangunan yang fokus pada pemerkasaan ekonomi rakyat seluruh Sarawak khususnya golongan terpinggir baik di bandar atau pedalaman," tambahnya.

Anwar kelmarin mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan bilangan Jemaah Menteri meningkat daripada 28 kepada 31 manakala timbalan menteri meningkat daripada 27 kepada 29 sekali gus menjadikan keseluruhan anggota Kabinet Kerajaan Perpaduan kini 60 orang.

Dua kementerian disusun semula berdasarkan keperluan semasa membabitkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang dipecahkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Kementerian Komunikasi dan Digital pula dipecahkan kepada Kementerian Digital dan Kementerian Komunikasi.

Rombakan itu juga menyaksikan lima menteri baharu dilantik membabitkan tiga muka lama iaitu Gobind Singh Deo yang dilantik sebagai Menteri Digital, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan) dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Perladangan dan Komoditi) selain dua wajah baharu iaitu Steven Sim Chee Keong (Menteri Sumber Manusia) dan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang dilantik sebagai Menteri Kewangan II.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.050366 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list