CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1741|Reply: 0

[Sarawak] Sumbangan semua pihak jayakan Regata Baram 2023 dihargai

[Copy link]
Post time 14-12-2023 03:44 PM | Show all posts |Read mode


Belayong menyampaikan sijil penghargaan Mohd Ruslan pada majlis tersebut semalam.

MARUDI: Pegawai Daerah Marudi Belayong Pok melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerjasama membantu menjayakan penganjuran Regata Baram 2023 yang lalu.

"Tanpa kerjasama yang erat daripada pelbagai pihak, sudah pasti kita tidak dapat menjayakan acara tersebut yang telah menarik puluhan ribu pengunjung sepanjang lima hari keramaian," katanya dalam ucapan alu-aluan pada Majlis Makan Malam Regata Baram 2023 di sebuah restoran di sini, semalam.

Beliau juga amat berterima kasih atas kesudian Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluangkan masa untuk turut menyaksikan acara tersebut serta Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Dr Penguang Manggil yang memastikan penganjuran tersebut dijayakan.

Majlis makan malam tersebut yang meraikan semua pihak terlibat turut dihadiri 140 orang daripada pelbagai jabatan.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Marudi DSP Mohd Ruslan Mat Kib dan Pemanca Wong Kiong Ching.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.052884 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list