CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1745|Reply: 0

[Sarawak] Pengekalan pemimpin Sarawak dalam Kabinet bukti mereka jalan tanggungjawab dengan baik

[Copy link]
Post time 14-12-2023 03:37 PM | Show all posts |Read mode


ABDUL KARIM

KUCHING: Pengekalan pemimpin dari Sarawak dalam Kabinet persekutuan menggambarkan bahawa mereka telah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memantau ahli Kabinetnya selepas setahun memimpin kerajaan.

“Saya gembira sekali melihat nama-nama yang telah dilantik semula atau dilantik baharu untuk Kabinet baharu Perdana Menteri kita.

“Alhamdulillah, kerana semua pemimpin dari Sarawak yang sebelum ini dalam kabinet sebagai menteri atau sebagai timbalan menteri, mereka masih dikekalkan
“Jika ada rungutan banyak daripada orang awam saya percaya mereka akan digugurkan atau ditukar ke tempat lain,” katanya selepas sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rombakan Kabinet persekutuan oleh Perdana Menteri pada Selasa.

Abdul Karim dalam pada itu turut melahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memberi kepercayaan kepada Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof untuk menjaga hal ehwal Sabah dan Sarawak.

Katanya Fadillah yang masih kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri telah ditukar dari segi portfolio kementerian berbanding sebelum ini.

“Pada kali ini, mungkin Perdana Menteri melihat Sarawak begitu jauh ke hadapan berkaitan tenaga, maka beliau mewujudkan kementerian berkaitan tenaga (Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam) yang dijaga Yang Berhormat Fadillah.

“Selain daripada itu, satu lagi bidang telah diserahkan kepada Fadillah juga adalah hal Ehwal Sabah dan Sarawak, yang sebelum ini dijaga oleh menteri dari Sabah,” katanya.

Kali ini kata Abdul Karim, ia diserahkan kepada pemimpin dari Sarawak, iaitu Fadillah.

“Memang tepat kerana kita tahu bahawa apa-apa yang kita bincang dengan kerajaan pusat pada masa ini terutama berkaitan pengembalian hak-hak negeri adalah dipengerusikan beliau (Fadillah),” katanya.

Fadillah sebelum ini memegang portfolio Menteri Perladangan dan Komoditi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.052825 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list