CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1807|Reply: 0

[Sarawak] HEP Bakun ke arah pembangunan dan pengurusan kuasa hidro mampan

[Copy link]
Post time 14-12-2023 03:33 PM | Show all posts |Read mode


Warga SEB merakam gambar bersama-sama rakan media yang turut serta dalam program Lawatan Suai Kenal Media ke Loji Hidroelektrik Bakun selama tiga hari bermula Isnin.

BINTULU: Empangan Hidroelektrik (HEP) Bakun terus mengorak langkah ke arah pembangunan serta pengurusan kuasa hidro mampan dan mesra alam pada masa depan.

Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam kenyataan media hari ini berkata, Empangan Bakun merupakan antara projek kuasa hidro yang direka selaras dengan garis panduan yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa Antarabangsa Mengenai Empangan Besar (ICOLD).

"Ia merupakan jawatankuasa antarabangsa yang ditubuhkan pada 1928 bagi berkongsi pengetahuan dan menetapkan piawaian termasuk garis panduan yang memastikan setiap empangan yang dibina dikendalikan dengan selamat," jelasnya.

SEB berkata demikian mengenai program Lawatan Suai Kenal Media ke Loji Hidroelektrik Bakun selama tiga hari sejak Isnin.

Jelasnya, HEP Bakun turut merekodkan kecemerlangan dalam perkhidmatannya apabila dinobatkan sebagai pemain terbaik keseluruhan industri dan pemenang trofi cabaran peringkat kebangsaan dalam Anugerah Bunga Raya Perdana (PMHA) 2021/2022 atas sumbangan dan kecemerlangannya dalam pemuliharaan alam sekitar.

"Ini adalah sesuatu pengiktirafan penting buat SEB kerana ia merupakan kemenangan yang pertama kali syarikat Sarawak memenangi piala cabaran terbabit," ujarnya.

SEB dalam masa sama jelasnya, turut mengukuhkan komitmennya ke arah pembangunan dan pengurusan kuasa hidro mampan dengan kumpulan penilai kelestarian tenaga hidro dalaman yang terlatih dan bertaraf antarabangsa.

Pasukan khas itu ujarnya, yang terdiri daripada 22 penilai bertanggungjawab secara langsung dan diberikan kepercayaan bagi menilai dan menambah baik prestasi kemampanan projek dan loji kuasa hidro HEP Bakun.

Kajian awal yang dijalankan turut menunjukkan SEB mempunyai 20,000 megawatt (MW) potensi kuasa hidro yang telah dikecilkan kepada kira-kira 8,000MW, yang mana SEB telah memanfaatkan 3,452MW melalui tiga empangan besar.

"Bagi memenuhi pertumbuhan domestik dan eksport dalam permintaan tenaga diperbaharui, SEB sedang membangunkan HEP Baleh (1,285MW) setelah ia siap dibina kelak," jelasnya.

Tenaga hidro yang mampan katanya merupakan asas penting bagi pembangunan berterusan Sarawak melalui tenaga hijau, moden dan memberikan manfaat buat semua penduduk di segenap kawasan di negeri ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.050451 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list