CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1826|Reply: 0

[Sarawak] Jawatankuasa penternak haiwan di Maludam dan Triso bakal dibentuk

[Copy link]
Post time 14-12-2023 03:30 PM | Show all posts |Read mode


Dayang Noorazah (tengah) dan Noraini semasa mesyuarat di Pejabat Daerah Kecil Maludam hari ini.

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor mempengerusikan Mesyuarat Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bagi kawasan Maludam dan Triso bersama Pegawai Tadbir Sarawak di Pejabat Daerah Kecil Maludam hari ini.

Dayang Noorazah berkata, antara perkara yang dicadangkan adalah penubuhan jawatankuasa yang terdiri daripada kumpulan para penternak haiwan seperti lembu, kambing, ayam dan sebagainya bagi mengawal selia isu yang melibatkan penjagaan haiwan ternakan di kawasan terlibat.

Pada masa yang sama katanya, jawatankuasa yang terdiri daripada semua kumpulan penternak dan KMKK akan bertindak sebagai penasihat.

“Jawatankuasa yang ditubuhkan juga akan membuat kertas cadangan bagi pembinaan tapak lot kandang haiwan ternakan secara berkumpulan bagi mewujudkan sistem ternakan yang lebih bersih dan selamat.

“Cadangan-cadangan tersebut adalah bertujuan membantu serta mengatasi kejadian kemalangan kenderaan disebabkan haiwan ternakan terlepas dari ikatan di mana kejadian tersebut sering kali berlaku semasa hujan lebat dan keadaan jalan yang agak gelap,” katanya.

Hadir sama Pegawai Tadbir Sarawak di Pejabat Daerah Kecil Maludam Noraini Eden.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.061747 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list