View: 4809|Reply: 7
|
[Politik]
Fahmi 'kecewa' tiada lagi lantikan duta bertaraf menteri
[Copy link]
|
|
'Tiada duta bertaraf menteri', Fahmi anggap ia pembaziran kerajaan sebelum ini
Disember 13, 2023 16:25 MYT
Fahmi berkata, pelantikan duta bertaraf menteri adalah pembaziran yang pernah diamalkan oleh kerajaan sebelum ini. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil secara berseloroh menyatakan 'kecewa' dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak melantik duta bertaraf menteri dalam Kerajaan Madani.
Beliau menjelaskan, pelantikan seperti itu adalah pembaziran yang pernah diamalkan oleh kerajaan sebelum ini.
"Saya rasa ada yang kecewa termasuk diri saya sendiri bahawa Perdana Menteri kali ini langsung tidak membuat lantikan duta bertaraf menteri... yang dibayar elaun berpuluh-puluh ribu ringgit tapi langsung tidak menghasilkan apa-apa seperti yang berlaku (dalam kerajaan) sebelum ini.
"Saya kecewa, tapi Alhamdulillah amalan buruk itu tidak dilakukan pada kali ini," katanya secara berseloroh dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang yang menyifatkan rombakan Kabinet pada Selasa itu sebagai satu pembaziran.
Mengulas lanjut Fahmi menegaskan, pembentukan Jemaah Menteri kali ini adalah jauh lebih baik dari segi jumlah keupayaan dan pengalaman.
Pada masa sama, beliau turut mengajak ahli-ahli di blok pembangkang supaya tampil menyuarakan kekecewaan supaya dapat mencari solusi bersama.
"Bagi mereka yang kecewa, saya nasihatkan jangan pendam rasa kecewa, tampillah ke meja rundingan seperti yang ditegaskan Perdana Menteri, kita putuskan beberapa perkara, kita hidup berharmoni, rukun aman damai dan bentuk modus vivendi yang baharu supaya kita dapat fokus kepada masalah rakyat serta bangun bersama," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Fahmi menjelaskan, pejabat Kementerian Digital akan beroperasi di Menara Usahawan.
"Perkara itu telah dibincangkan dengan Ketua Setiausaha Negara dan proses untuk membentuk kementerian itu sedang berjalan," jelasnya.-AWANI
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edy Bawang duta ereb pdg pasir makan gaji buta 100k sebulan trsenyum sinis .. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg part ni aku setuju lah. Abah yidin punya style apo bondo. Duta bertaraf menteri ke Timur tengah. Buang duit rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
Introducing the extraordinary Pepsi Crocs, a gift that seamlessly blends the marvelous taste of Pepsi with the comfort and style of Crocs. These unique shoes are a refreshing twist to your footwear collection, allowing you to embrace your love for Pepsi wherever you go. Step into a world where flavor and fashion collide, and let your feet live in a realm of ultimate satisfaction. With their innovative design and undeniable charm, these Pepsi Crocs are the epitome of style and comfort. Crafted with meticulous attention to detail, they offer a one-of-a-kind experience that will leave you craving for more. Whether you're strolling through the city streets or lounging at home, these Pepsi Crocs will be your trusted companion, providing unparalleled comfort and a touch of Pepsi's iconic flavor. So, why settle for ordinary when you can indulge in the extraordinary? Elevate your footwear game with these remarkable Pepsi Crocs and let your feet revel in the marvelous fusion of taste and style. |
|
|
|
|
|
|
|
betul la tu 1 pembaziran sbb redundant pula dgn portfolio kementerian luar
kat da ada ambassador dan atase2 di luar sana, biar je la drg buat keje tu
|
|
|
|
|
|
|
|
teringin juga kau nk makan duit riban2 ek... hint baik nampak |
|
|
|
|
|
|
|
still masih menteri blh la nk perli2 gitu
cer klu digugurkan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|