CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11751|Reply: 0

[Terengganu] Suami isteri jana pendapatan lumayan jual orkid

[Copy link]
Post time 12-12-2023 01:08 PM | Show all posts |Read mode

FAUZI Mat menunjukkan antara pokok orkid hutan yang terdapat di nurserinya di Kampung Beliku, Hulu Besut, Besut, semalam. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI



BESUT: Bermula daripada minat mencari orkid di hutan, pasangan suami isteri kini mampu menjana pendapatan empat angka sebulan hasil jualan bunga hiasan tersebut yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran.

Fauzi Mat, 47, dari Kampung Beliku, Hulu Besut, berkata, pada peringkat awal, orkid liar yang dicari untuk dijadikan koleksi bersama isterinya, Zabidah Haron, 43, namun, mereka mula menceburi perniagaan tersebut selepas menyedari potensinya pada tahun 2000.

“Pada awalnya, saya hanya mengumpulkan orkid-orkid hutan ini hanya sebagai hobi dan seiring peredaran masa, jumlahnya semakin bertambah sehingga saya mengambil keputusan membuka nurseri pada tahun 2000.

“Sejak nurseri dibuka, saya menerima permintaan yang menggalakkan terhadap pokok hiasan itu dan ia meningkat lebih tinggi selepas dijual secara dalam talian,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Beliku di sini, semalam.

Katanya, kepelbagaian warna serta bentuknya yang unik, orkid hutan mempunyai peminat tersendiri berbanding orkid hibrid.

Menurut Fauzi, dia dan isteri sanggup meredah hutan di sekitar Terengganu dan Kelantan untuk mencari tanaman itu dan kini memiliki hampir 100 jenis spesis orkid liar.

Ekoran itu, mereka memilih untuk membina nurseri berdekatan rumah bagi menempatkan orkid berkenaan dan sekali gus melakukan kerja-kerja pembiakan semula.

“Selain mencari sendiri, saya juga menerima orkid daripada kawan-kawan di negeri lain dan dijual di nurseri. Antara orkid yang sering mendapat permintaan adalah jenis Orkid Selipar atau nama saintifiknya Slipper orchid, Bulbophyllum Penduliscapum, Orkid Harimau atau juga dikenali sebagai Grammatophyllum Speciosum serta Dendrobium Primary.

“Orkid-orkid ini dijual serendah RM15 sehingga RM300 mengikut jenis dan saiz pokok manakala bagi orkid spesies yang sukar diperoleh dan diancam kepupusan, saya akan membiakkannya kembali demi menjaga populasi tersebut terus berkembang,” katanya.

Fauzi berkata, sepanjang tempoh 20 tahun berkecimpung dalam bidang nurseri, dia turut berdepan risiko kecurian dan pernah kerugian kira-kira RM5,000.

Jelasnya lagi, nurserinya juga turut menjalankan kerjasama dengan pensyarah daripada Universiti Sains Malaysia (USM) bagi tujuan penyelidikan tanaman orkid.-UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... -lumayan-jual-orkid

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.091272 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list