CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7785|Reply: 0

[Sarawak] Sekolah disaran buka kelas bahasa Iban jika jumlah pelajar mencukupi

[Copy link]
Post time 11-12-2023 11:20 PM | Show all posts |Read mode


Antara pelajar yang terlibat dalam POCEM Bahasa Iban SPM di Sibu.

SIBU: Sekolah-sekolah yang mempunyai cukup bilangan murid atau pelajar Iban disarankan untuk membuka kelas subjek bahasa Iban.

Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu Chambai Lindong berkata beliau mempunyai harapan besar untuk perkara tersebut dilaksanakan.

"Kita berharap sekolah-sekolah melalui Pengetua dan Guru Besarnya boleh membuka kelas bahasa Iban sekiranya sekolah mereka mempunyai bilangan murid atau pelajar yang cukup untuk belajar subjek tersebut," katanya pada Program Kecemerlangan Akademik Murid (POCEM) Bahasa Iban Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Dewan Wawasan SMK Sungai Merah di sini pada Sabtu lalu.


Chambai (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada yang terlibat menjayakan POCEM Bahasa Iban SPM di Sibu.

Sehubungan itu, Chambai juga berharap agar kerajaan sentiasa mengambil guru bahasa Iban dari Institut Perguruan Malaysia (IPG) untuk menyediakan tenaga pengajar yang cukup bagi menghadapi kepesatan subjek tersebut di sekolah.

"Ini selaras dengan misi SDNU Sibu yang sentiasa mempertahankan warisan bangsa kita agar ia tidak hilang ditelan zaman," tegasnya.

Menyentuh mengenai POCEM, beliau berkata, ia adalah tanggungjawab sosial SDNU Sibu dalam membangunkan bangsa Iban lebih-lebih lagi pembangunan bahasa Iban di sekolah.


Para guru dan peserta yang terlibat dalam POCEM Bahasa Iban SPM di Sibu.

Justeru, beliau berharap para peserta dapat memanfaatkan program tersebut dengan mempelajari format peperiksaan bahasa Iban di peringkat SPM seterusnya meningkatkan motivasi diri dalam subjek itu.

POCEM adalah anjuran SDNU Sibu dengan kolabrasi bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu dan Kanowit yang bertemakan 'Jaku Lati, Bansa Pegari'.

Seramai 167 orang pelajar dan 20 orang guru dari 11 buah sekolah menengah yang mengambil subjek bahasa Iban dalam SPM telah menyertai program tersebut.


Chambai (12 kanan) bersama guru-guru dan ahli SDNU Sibu yang terlibat menjayakan POCEM Bahasa Iban SPM di Sibu.

Antara sekolah yang menyertainya ialah SMK Sungai Merah, SMK Rosli Dhoby, SMK Bukit Assek, SMK Jalan Oya, SMK Luar Bandar, SMK Sibu Jaya, SMK Bawang Assan, SMK Durin, SMK Kanowit, SMK Nanga Dap dan SMK Sedaya.

Turut hadir pada program tersebut ialah wakil PPD Sibu John Francis Untam, wakil PPD Kanowit Stanley Beti Baling, wakil Pengetua SMK Sungai Merah merangkap Ketua Biro Pendidikan SDNU Sibu Johnady Janton serta tiga penceramah program.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.304284 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list