CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6796|Reply: 0

[Terengganu] 215 tandas sekolah siap diselenggara babitkan peruntukan RM15.05 juta

[Copy link]
Post time 11-12-2023 10:55 AM | Show all posts |Read mode

FOTO ihsan Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu

Kuala Terengganu: Sebanyak 215 tandas sekolah di negeri ini siap diselenggara membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM15.05 juta.

Pengarah Jabatan Pembangunan negeri (JPN), Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Abdul Kahar Abdul Latif berkata, penyelenggaraan tandas sekolah di bawah peruntukan Kementerian Pendidikan (KPM) dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Daerah.

Katanya, jumlah sekolah kebangsaan (SK) yang terbabit dengan kerja penyelenggaraan adalah sebanyak 153 dan sekolah menengah (SM) berjumlah 62.

"Penyelenggaraan tandas sekolah yang dilaksanakan JPN dan Pejabat daerah hanya membabitkan SK dan SM adalah di daerah Besut, Kemaman, Kuala Nerus dan Marang," katanya ketika berucap pada program Sesi Ramah Mesra JPN bersama Media, di sini, semalam.


Difahamkan, JPN dan Pejabat daerah hanya menyelenggara tandas di SK dan SM di empat daerah iaitu Besut, Kemaman, Kuala Nerus serta Marang.

Manakala 188 SK dan 113 SM di daerah Dungun, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Setiu membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM17.5 juta diselenggarakan Jabatan Pendidikan negeri (JPNT) serta Pejabat Pendidikan Daerah.

Dalam perkembangan lain, Abdul Kahar berkata, PPN sudah menyelesaikan bayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir di seluruh negeri membabitkan peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak RM137 juta.

"Seramai 39,145 mangsa banjir dilaporkan ketika bencana itu melanda negeri ini pada akhir tahun lalu dan awal tahun ini," katanya.https://www.hmetro.com.my/mutakh ... untukan-rm1505-juta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.083300 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list