CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14025|Reply: 0

[Sarawak] COVID-19 terkawal di Limbang, belum sampai zon kuning: JPBB

[Copy link]
Post time 10-12-2023 07:46 AM | Show all posts |Read mode

Yunus (kanan) menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang (dua kanan) menyerahkan cenderamata kepada Setiausaha Majlis Daerah Limbang (MDL) Petrick Linggi Taboh.


LIMBANG: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Limbang masih menunggu laporan terperinci daripada Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)  mengenai perkembangan semasa COVID-19, walapun penyakit itu masih terkawal di bahagian Limbang.


Residen Bahagian Limbang yang juga Pengerusi JPBB Limbang Yunus Tambi berkata,  Limbang belum berada pada peringkat zon kuning COVID, walaupun terdapat kes terpencil.

"Bukan zon kuning, kes terpencil saja tapi semuanya dalam keadaan terkawal sebab kebanyakan kita telah mendapat suntikan vaksinasi," ujarnya ketika ditemui media pada Kejohanan Olahraga Purnama Sport Carnival (PURSCAR) 2023 di Kompleks Sukan Limbang, hari ini.

Beliau menjelaskan perkara itu ketika diminta mengulas laporan Limbang kini berada pada zon kuning COVID-19 seperti yang disebarkan dalam aplikasi WhatsApp.

Yunus turut menasihati penduduk di bahagian ini agar tidak mudah mempercayai khabar angin dan maklumat belum dipastikan kesahihannya seperti yang ditularkan.

"Jangan percaya khabar angin mengenai COVID-19 di Limbang, dapatkan segala maklumat sahih daripada pihak berwajib seperti Pejabat Residen dan KKM. Bahagian Limbang belum lagi sampai ke zon kuning sebenarnya," katanya.

Bagaimanapun kata Yunus, JPBB Limbang akan terus memantau perkembangan dan keadaan semasa berkaitan COVID-19 di bahagian ini dan masih menunggu laporan lanjut daripada pihak KKM.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.052621 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list