CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13070|Reply: 0

[Sarawak] Bantuan kredit eMADANI baik, tapi ramai penduduk luar bandar tercicir: Abun Sui

[Copy link]
Post time 9-12-2023 06:02 AM | Show all posts |Read mode


MIRI: Senator Abun Sui Anyit menerima baik usaha kerajaan persekutuan memberi bantuan kredit eMADANI kepada rakyat.

Bagaimanapun jelasnya, beliau telah menerima pelbagai aduan daripada penduduk di Sarawak terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar.

"Salah satu faktor atau aduan yang saya terima ialah kawasan luar bandar di Sarawak yang liputan Internetnya sangat lemah menyebabkan penduduknya tidak dapat menikmati bantuan kredit eMADANI tersebut.

"Bila liputan lemah atau terhad, maka sukar untuk mereka menggunakan aplikasi yang membolehkan mereka untuk membuat permohonan bantuan kredit terbabit," ujarnya dalam satu kenyataan media.

Faktor kedua jelas Abun Sui, terdapat rakyat di luar bandar yang buta huruf dan tidak mempunyai pengetahuan perbankan Internet yang turut menjadi punca mereka tidak dapat membuat permohonan berkenaan.

"Kalau buta huruf dan tidak mempunyai pengetahuan perbankan, apatah lagi untuk membuka akaun bank secara talian.

"Keadaan ini amat menyedihkan. Sudah tentu bukan niat kerajaan untuk mengecewakan mereka tetapi itulah situasinya," katanya.

Justeru, Abun Sui mencadangkan kerajaan memindahkan jumlah tersebut terus ke akaun pengguna khasnya kawasan di luar bandar atau memberi secara tunai melalui agensi kerajaan bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank secara dalam talian.

Menurut Abun Sui, beliau turut menerima aduan daripada rakyat Sarawak yang gagal permohonan bagi bantuan kredit berkenaan.

"Walaupun pendapatan mereka dibawah RM100,000 setahun, namun mereka masih gagal dalam rayuan untuk permohonan semula.

"Saya sendiri tidak tahu kriteria untuk membolehkan mereka lulus walaupun mempunyai akaun bank dalam talian atau menggunakan aplikasi lain yang telah dinyatakan dalam telefon pintar," katanya.

Tambahnya, beliau berharap usaha memberi bantuan kredit eMADANI berkenaan dapat diperbaiki dengan lebih baik dan memberi manfaat sama rata kepada rakyat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.139996 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list