CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9219|Reply: 9

Lelaki Misteri Hantar Lauk Kenduri- Tuan Rumah Terus Buang, Dalam Plastik Ada Coklat Dan Air Tembikai Macam Beli Di Kedai!

[Copy link]
Post time 5-12-2023 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Membaca berita serta perkongsian di media sosial mengenai kes rompakan atau pecah rumah sudah cukup membuatkan kita berasa takut.


Dalam sesetengah kes, mangsa bukan hanya mengalami kerugian harta benda malah ada yang cedera parah atau kehilangan nyawa disebabkan tindakan kejam penjenayah.


Justeru, kita dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada walau berada di rumah untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.


Foto: mStar




Dalam satu perkongsian di Facebook, seorang pengguna tampil memberi peringatan kepada warga maya agar berhati-hati sekiranya kediaman didatangi individu tidak dikenali serta mencurigakan sebagaimana yang dialaminya.


Berkongsi insiden aneh berkenaan, pengguna tersebut berkata, baru-baru ini kediamannya didatangi seorang lelaki menaiki motosikal jenis skuter dan berpakaian serba hitam lengkap dengan topi keledar rona sama.


"Saya ingatkan kurier hantar barang. Ketika itu lebih kurang jam 5 petang. Orang tu tak panggil, beri salam atau hon pun. Saya pun pergilah sapa orang tu.


"Dia jawab mai ni ambil lauk. Cara cakap tu macam orang taman jiran-jiran selalu datang bagi makanan kalau buat kenduri ada lebih. So saya pun pergilah ambil.


"Lepas tu saya tanya dia lauk kenduri ka?. Dia balas ha kenduri tapi muka dia tu macam no reaction. Like tak ramah, macam serius semacam.


"Saya tengok dekat motor dia tak ada plastik makanan yang lain. Saya husnuzon la, rumah saya ni last dia nak bagi makanan tu. Saya cakaplah terima kasih. Dia tak cakap apa, terus blah (berlalu)," kongsinya.


Tambah individu tersebut, dia tidak sempat bertanya penunggang motosikal itu lebih lanjut kerana situasi berlaku secara tiba-tiba dan pantas.


Selepas membuka bungkusan makanan di dalam rumah, dia sedikit curiga kerana makanan berkenaan tidak seperti lauk kenduri sebaliknya seperti makanan yang dibungkus dari restoran.


"Siap ada air tembikai. Yang tak tahan, siap ada coklat (gula-gula) yang dibeli dekat Petron. Pelik terus! Memang laki tu mukanya tak pernah tengok dekat taman ni.


"Lagipun dia datang pakai helmet, so memang nampak macam dia dari luar taman sebab beli coklat dekat Petron kan. Fuh, bahaya la sekarang.


"Saya syak dia terkejut sebab saya sapa dia, sebab tu dia guna alasan bagi makanan yang dia beli," kongsinya.


Menurut individu berkenaan, dia tidak menjamah makanan yang diberi kerana bimbang perkara yang tidak diingini berlaku dan terpaksa membuangnya.


"Hati-hati semua jangan jadi macam saya... cuai. Nasib tak jadi apa-apa time tu, kalau lain dibuatnya, naya.


"Takut depa (mereka) aim rumah nak pecah masuk ja. Janganlah bagi anak-anak keluar rumah tanpa ada pengawasan mak bapa. Kalau masa kurier hantar barang, tengok dulu betul ke tidak.


"Yang nak bagi makanan dekat jiran tu roger-roger la dulu jiran hangpa (anda) sebelum nak bagi. Bukan apa, risau! Zaman sekarang depa cerdik pandai," kongsinya lagi.


Hantaran yang dikongsi di laman grup Facebook Penduduk Sungai Petani meraih perhatian warga maya dengan rata-ratanya turut saling menasihati agar lebih berwaspada dengan kehadiran individu tidak dikenali."Cerdik modus operandi dia.


"Bahaya sekarang... macam-macam style dah nak merompak.


"Dia 'gabra' (gelabah) sampai tersilap bagi makanan yang dia nak makan.


"akat-pakat share untuk jaga-jaga, terima kasih atas perkongsian," demikian antara komen netizen.


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 09:05 PM | Show all posts
Tak berbaloi nak merampok tapi kena kuar modal. Percuma aja.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
haishhh macam macam jenis manusia. berhati hati la kita
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybe org tu nak send santau ke apa..uish bahaya. Baik di buang terus drp bg jiran makan. Kang x pasal jiran tu pulak yg kena
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 10:48 AM | Show all posts
tgu jgk kot artikel dibaca oleh pemberi kemudian dia nk clearkan nama dia. nt dtg geng dari IG kata "kenapa buang mknn tu bazir sedekah jelah kat masjid bla bla bla"
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 11:18 AM | Show all posts
Sazreena replied at 5-12-2023 09:05 PM
Tak berbaloi nak merampok tapi kena kuar modal. Percuma aja.

mungkin tujuan dia nak merampok, survey kawasan , yg sasarannya rumah yg x ada orang, rupanya line x clear, ada orang pulak tegur,bila dah kantoi tu, teruslah bagi alasan, kononnya nak hantar lauk kenduri sebenarnya makanan tu dibeli utk diri sendiri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2023 01:22 PM | Show all posts
rashiman replied at 6-12-2023 11:18 AM
mungkin tujuan dia nak merampok, survey kawasan , yg sasarannya rumah yg x ada orang, rupanya line ...

Kiranya burn la bajet makan dia utk hari malang tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 08:42 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2024 04:21 AM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2024 08:16 AM | Show all posts
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.088702 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list