CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6970|Reply: 0

[Terengganu] 2 sahabat ditahan rompak 2 kedai serbaneka guna parang

[Copy link]
Post time 5-12-2023 02:00 PM | Show all posts |Read mode

BARANG rampasan kes rompakan bersenjata di dua kedai serbaneka sekitar kawasan Kuala Besut. FOTO Ihsan PDRM

Jertih: Dua sahabat ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam insiden melakukan rompakan bersenjata parang di dua kedai serbaneka sekitar kawasan Kuala Besut.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 4 pagi semalam.

Menurutnya, tempoh masa rompakan antara dua kedai serbaneka itu adalah kira-kira 30 minit.

Katanya, kedua suspek berkenaan dipercayai melakukan kegiatan itu pada awal pagi ketika tiada pelanggan serta melarikan wang berjumlah RM70 serta tambah nilai Touch 'n Go eWallet.



"Suspek menggunakan senjata dipercayai parang untuk melakukan rompakan di kedai serbaneka berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil risikan dijalankan berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia antara lingkungan 20-an hingga 30-an yang juga penganggur pada 6 petang hari yang sama di rumah mereka di Kuala Besut.

"Beberapa barang kes yang berkaitan dengan kes itu juga turut dirampas dan kes berjaya diselesaikan kurang dari tempoh 12 jam selepas laporan dibuat.

"Suspek juga dipercayai melakukan rompakan bersenjata di sebuah kedai serbaneka di Pasir Puteh dengan menggunakan modus operandi yang sama," katanya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan berkumpulan dan bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

"Ujian saringan awal air kencing kedua-dua suspek negatif.

"Suspek pertama direman selama tujuh hari dan suspek kedua diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh berhubung kejadian rompakan di sana.

"Suspek pertama memiliki rekod lampau berhubung kekerasan, manakala suspek kedua tidak rekod lampau," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rbaneka-guna-parang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.652101 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list