View: 7084|Reply: 7
|
Wafiy Nak Balas Pengorbanan Keluarga, Bapa Sanggup Tutup Bisnes Nak Teman Ulang-Alik Sabah Ke KL
[Copy link]
|
|
Pelakon dan penyanyi, Wafiy Aan tidak akan melupakan pengorbanan dilakukan oleh bapanya iaitu Johan Awang Baba yang sanggup menutup perniagaan diusahakan demi menyokong karier seninya.
Wafiy atau Mohd Wafiy Ilhan, 21, memberitahu bapanya juga sanggup mengeluarkan semua simpanan termasuk menjual kenderaannya untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.
Dedah Wafiy, ketika itu dia sekeluarga menetap di Beaufort, Sabah dan memerlukan perbelanjaan besar untuk menghadiri penggambaran di Kuala Lumpur termasuk membeli tiket penerbangan.
"Saya berasal dari Sabah dan sebelum ini ayah ada perniagaan menjual ikan. Alhamdulillah bisnes diusahakan bagus malah kami sekeluarga hidup selesa.
"Tapi disebabkan minat saya dalam bidang seni, ayah sanggup menutup perniagaan dan menemani saya ulang-alik dari Sabah ke Kuala Lumpur.
"Duit, simpanan semua habis sebab beli tiket penerbangan sampai dia jual kereta dan motosikal yang ada," katanya.
Wafiy berkongsi pengorbanan bapanya itu menerusi sesi podcast Sembang Atas Dulang bersama Ceddy di YouTube.
Sedar tidak dapat membalas semua jasa bapanya, Wafiy berjanji akan berusaha dan bekerja keras bagi membahagiakan kedua ibu bapanya selepas ini.
Malah sejak semua ahli keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur, dia tidak membenarkan ibu bapanya bekerja dan hanya berehat di rumah.
"Ayah dan mak sudah banyak berkorban. Jadi biar Wafiy yang bekerja dan mereka boleh berehat di rumah," katanya.
Berkat doa ibu bapanya, Wafiy memberitahu secara berperingkat dia berjaya membeli semula kenderaan buat kegunaan keluarga.
"Alhamdulillah saya perlahan-lahan beli bali motosikal dan kereta buat keluarga," ujarnya.
Untuk rekod, bakat Wafiy mula dicungkil menerusi program terbitan Astro iaitu Ceria PopStar musim pertama pada 2013.
Wafiy yang ketika itu berusia 11 tahun kini semakin dikenali sebagai pelakon malah pernah membintangi filem La Luna dan drama Stella On Stage.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan dh beso ko merempan rebel..kata dikerah keringat bagai sudah..jd bread winner lah..adik beradik semua harap ko..baik ko bg pendidikan kt adik beradik ko.bg ada kerjaya masing2.skrg ko ckp ini..beso lain plak. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak tengok ko ada harapan jadi side kick yang sentiasa ada job dik. Yang penting jaga attitude. Iouls jumpa dia dalam geng2 bomba masa perarakan hari merdeka. Senyum je dia layan budak2. Anak iouls suka sangat tengok SMK |
|
|
|
|
|
|
|
tak tau lak dia Sabah, takde bunyi Sabah langsung bila bercakap.
anak Beni yg darjah 3 ni suka sangat Wafiy ni
budak ni dan kawan dia si Kiki tu berlakon lagi ada feel berbanding certain adult (contoh Dini)
semoga sukses ye Wafiy
takmo cinta2 dulu ye |
|
|
|
|
|
|
|
Dh besar dh budak ni.
Iols start tgk dia dari zaman tom tom bak..
pastu anak iols tgk lak zaman dia Geng UPSR,
Geng bas sekolah..SMK |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 29-11-2023 10:32 AM
Sayangnya ayah dia sampai tutup bisnes
Org sabah mmg gitu kot, sokong sgt bab nyanyi2 nih
Dia sendiri ckp dorang hidup selesa dah kat sana
Ntahla mcm tak berbaloi, duk KL ni belanja besar.
Pastu ko tak bg lak mak pak keje, bapak ko muda lg dek
Patut ko belajar tinggi2 sampai bleh flex jubah konvo time jual ikan ke apa
Bapak ko kalau dah umur pencen bleh la suh berehat, nih adik2 pun masih kecik jgn sampai jd mcm shila tu dah laa |
|
|
|
|
|
|
|
MisXoXo replied at 29-11-2023 04:25 AM
Jangan dh beso ko merempan rebel..kata dikerah keringat bagai sudah..jd bread winner lah..adik berad ...
Adik2 dia laki belaka tu hat bongsu tu je taktau la pompuan ke laki tu
Rengsa gak kalau ada ramai nak laki tapi besor saja jer
|
|
|
|
|
|
|
|
heols dengan Aniq Suhair sesuai berlakon jadi adik abang. Muka ada iras.
cuma harap heols tak terikut la perangai f boy si AS tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|