View: 4686|Reply: 0
|
Aveta Ranger Max Explorer tiba di Malaysia
[Copy link]
|
|
Aveta Ranger Max Explorer, yang sebelum ini dipamerkan sewaktu acara Malaysia Autoshow 2023 Mei lalu kini dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada harga RM6,988 tidak termasuk insurans. Dua warna ditawarkan, iaitu kuning dan hijau, dan ia akan berada di wakil pengedar rasmi Aveta seluruh negara bermula awal bulan hadapan.
Ranger Max Explorer dipacu oleh enjin satu silinder empat strok 127 cc SOHC dengan sistem penyejukan udara dan penyampaian bahan api oleh karburator, mampu menghasilkan kuasa 10 hp pada 8,000 rpm dan tork 10.5 Nm pada 5,500 rpm.
Transmisi adalah unit empat kelajuan biasa, tanpa tuil klac tangan sementara untuk menghidupkan enjin pula pemilik boleh menggunakan sama ada pemula tendang ataupun elektrik. Tangki bahan api berkapasiti 8.5 liter.
Membawa konsep jelajah, motosikal ini datang dengan rim spoked 18 inci di hadapan, 16 inci di belakang dan dibalut tayar YuanXing bunga kasar secara standard. Brek hadapan menggunakan sistem cakera manakala belakang dilengkapi dram.
Kelengkapan lain yang disediakan pada Aveta Ranger Max Explorer adalah tempat letak barang kecil di atas lampu hadapan dan belakang, panel meter digital, lampu hadapan dan belakang LED, soket pengecas USB, fork teleskopik serta dua penyerap hentak dengan tabung gas di belakang. Berat keseluruhan motosikal ini adalah 115 kg.
https://paultan.org/2023/11/23/a ... di-malaysia-rm6988/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|