CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2108|Reply: 0

[Sabah] Pelabur Shanghai mahu labur sektor pelancongan dan hartanah

[Copy link]
Post time 24-11-2023 10:09 AM | Show all posts |Read mode

ALBUM: Christina (lima kiri) menerima cenderahati daripada Gu dan Sun (lima kanan).


KOTA KINABALU: Ahli-ahli perniagaan dari Shanghai menzahirkan minat mereka untuk melabur dalam sektor pembangunan pelancongan dan hartanah di Sabah.
Mereka menzahirkan hasrat itu ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew di sini baru-baru ini.

Rombongan itu mendapatkan nasihat daripada Christina bagi mendapatkan sokongan daripada kerajaan negeri mengenai cadangan kertas kerja untuk tujuan pelaburan.

Christina berkata, kerajaan negeri sangat mesra pelabur dan menjemput mana-mana pelabur yang mahu membangunkan ekonomi Sabah, sekali gus memberikan manfaat kepada rakyat dengan mewujudkan peluang pekerjaan.

"Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan suasana persekitaran pelaburan adalah kondusif, kami berbesar hati untuk melihat kertas kerja cadangan anda untuk pertimbangan kerajaan," katanya ketika menerima rombongan dari Dresser Wayne Fuel Equipment (Shanghai) Co. Ltd.

Wakil syarikat berkenaan, Sun Hai Zhen dan Ralph Fan berkata, mereka mensasarkan program Malaysia-Sabah Rumah Keduaku, pelaburan dalam tenaga solar dan pengeluaran sarang burung.

"Kami sangat berminat untuk menyertai program rumah keduaku," kata mereka.

Sementara itu, pelabur tempatan Dinawa Island Sdn Bhd bersemangat untuk membawa pelabur China yang mahu melabur dalam sektor pelancongan di Sabah dengan potensi membina kemudahan resort di masa hadapan.

Pengarah Dinawa Island Sdn Bhd Johnny Ong Tek Kin berkata, selepas pembukaan semula sempadan negara ini, pihaknya menerima banyak pertanyaan daripada rakyat China yang berhasrat menyertai Program Malaysia-Sabah Rumah Keduaku.

"Untuk pihak syarikat, kami sedang berusaha mewujudkan pakej hartanah di Sabah agar bersepadu dengan program itu," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Shanghai Badaitou Painting and Calligraphy Institute, Prof. Gu Benjian mencadangkan usahasama menganjurkan pameran seni kaligrafi dan lukisan yang dihasilkan artis dari Shanghai dan Sabah agar diadakan di bandaraya ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.235486 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list