CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4153|Reply: 0

[Perlis] Benih padi untuk petani MADA mencukupi

[Copy link]
Post time 19-11-2023 01:59 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan.

KANGAR: Keperluan Benih Padi Sah (BPS) bagi musim 2/2023 untuk petani dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) adalah mencukupi.

MADA menerusi satu kenyataan media, keperluan BPS yang direkodkan pada waktu ini adalah sebanyak 964,507 tan dengan pengedarannya dibuat menerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan peruncit sah yang dilantik.

"Melalui PPK MADA, pesanan yang diterima adalah 130,846 beg BPS dan sehingga 16 November lalu, sebanyak 78,033 daripada 84,266 beg BPS yang diterima sudah diedarkan.

"Malah, dalam Mesyuarat Penyelarasan Benih Padi Sah pada 15 November lalu yang dipengerusikan Pengurus Besar MADA, komitmen syarikat pengeluar bagi stok sedia terjual dan sedang diedarkan adalah sejumlah 9,039 beg BPS bagi varieti MR297 dan MR315 melalui Kilang Pertama Padi, Kilang Seri Merbok dan Kilang OBL Maju.



"Manakala sejumlah 8,000 beg BPS turut diluluskan melalui MADACorp. Bermula minggu hadapan, komitmen pengeluar bagi stok menunggu kelulusan makmal Jabatan Pertanian Malaysia dijual dalam tempoh satu minggu kepada PPK MADA membabitkan 22,339 beg BPS bagi varieti MR297 dan MR315," katanya.

MADA berkata, petani juga juga akan mendapatkan bekalan BPS dari pengeluar benih padi yang sah serta ejen swasta yang berdaftar.

"Pada 14 November lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohammad Sabu bersama pengurusan tertinggi MADA turut membuat lawatan ke kilang bagi memastikan stok BPS sentiasa ada dan mencukupi.

"Kempen pengembangan penggunaan BPS oleh pegawai MADA di lapangan turut diadakan secara berterusan termasuk pengesyoran penggunaan varieti tempatan selain dari MR297, yang berhasil tinggi," katanya.

Dalam masa sama, bagi memastikan peladang dapat melaksanakan aktiviti tanaman padi musim ini mengikut jadual, MADA menggesa pengeluar padi menjalankan tanggungjawab mereka dengan memastikan peladang mendapat bekalan benih padi sah pada harga yang munasabah di dalam tempoh waktu yang sewajarnya.

"Berdasarkan rekod, status kemajuan aktiviti tanaman padi Musim 2/2023 di Kawasan Muda bagi penyediaan tanah adalah pada tahap 87.9 peratus dan tanam pada tahap 40.2 peratus.

"Kita sentiasa peka dan akan terus membantu para peladang agar memastikan stok BPS mencukupi bagi aktiviti tanaman padi Musim 2/2023," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... tani-mada-mencukupi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.060504 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list