CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22903|Reply: 153

[Tempatan] (VIDEO) Ina Naim redha, arwah suami tidak mahu hidup lama

[Copy link]
Post time 15-11-2023 11:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 16-11-2023 12:42 PM

JOHOR BAHRU – Pemergian Allahyarham Suhaimi Saad bertemu Ilahi sangat mudah dan senang ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini malam ini.

Isterinya, Nordiana Mohd. Naim, 39, berkata, dia sangat cemburu dan reda dengan pemergian suaminya yang disahkan meninggal dunia pada pukul 7.40 malam selepas mengalami komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru.

“Pada bulan Ogos dia dah mula batuk teruk, lepas bulan Oktober dia dah mula cirit-birit hingga turun berat badan 20 kilogram (kg).

“Masa arwah hidup, dia pernah cakap memang nak usianya hanya sampai 43 tahun sahaja dan tarikh lahir dia 12 Oktober masa itu dia dah mula sakit.

“Arwah dah dimasukkan ke hospital enam hari, dah ditidurkan dari Hospital Kota Tinggi atas permintaan arwah sendiri sebagai jalan terakhir, perjalanan akhir arwah sangat mudah dan tenang, di sisi dia ada saya dan semua anak-anak,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, HSI di sini hari ini.

Bekas anggota kumpulan Inteam itu dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi sejak Jumaat lalu sebelum dirujuk ke HSI di sini.

Dalam pada itu, Nordiana atau lebih dikenali sebagai Ina Naim turut memanjatkan permohonan maaf bagi mewakili arwah suaminya.

“Saya mohon maaf jika suami saya tersilap kata atau ada menyinggung perasaan mana-mana pihak atau termakan, terminum atau terambil saya memohon maaf bagi pihak dia,” katanya.

Allahyarham Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Sallman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11 dan Nur Layla Elghufrony, 9.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Suhaimi dimandi dan dikafankan di Jabatan Perubatan Forensik HSI sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga Ina di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi.

Jenazah dijangkan akan dikebumikan di sana kira-kira pukul 9 pagi esok.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2023 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Ina berjumpa lelaki baik yg menerima dia dan anak2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2023 11:37 PM | Show all posts
Salam takziah


  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..
Salam takziah utk keluarga.
Semoga isteri n anak2 dpt mulakan hidup yg baru..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah la pada Ina tapi aku mcm nk speku arwah suami dia dh tenat sgt la tu baru nak dibawak ke spital. Doktor pun dh tak leh buat ape so terpaksa la ditidurkan. Aku bkn ape sebab dh terbaca dh nk antivaks dok hint kenapa mesti mati bila ditidurkan? Satgi nnt ada pulak antivaks kata ni cubaan kerajaan nk matikan antivaks since arwah ni antara yg vokal bab-bab vaksin dan perubatan moden ni wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
JoyahMengayah replied at 15-11-2023 11:37 PM
Salam takziah

Bila arwah suami dah tanamkan niat tu dah lame.. Anak2x dan isteri pon redho saja kepergian die... Mmg die dah sedia ade sakit ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-11-2023 11:55 PM | Show all posts
annehuda replied at 16-11-2023 03:40 AM
Salam takziah la pada Ina tapi aku mcm nk speku arwah suami dia dh tenat sgt la tu baru nak dibawak  ...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2023 11:58 PM | Show all posts
annehuda replied at 16-11-2023 03:40 AM
Salam takziah la pada Ina tapi aku mcm nk speku arwah suami dia dh tenat sgt la tu baru nak dibawak  ...

Semoga balu dan anak2 tenang menjalani kehidupan. Dunia hanya sementara...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2023 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ina_na at 16-11-2023 12:08 AM

Salam takziah...

Sorry Kalo iolss terkasar ckp tp pd iolss kalo dah ditidurkan tu x mudah gak sbrnye nk pergi..tgk dia org masukkan benda tu kat tekak pun dah seram..cuma ye la dia dlm keadaan mcm tu x leh gerak..X leh pe2.. Kita nampak senang...iolss seram btl tgk kalo ditidurkan pakai mesin tu..

Iolss nak tanye yg dia buang ubat tu dah bape tahun ye..adekah arwah dah tau pe sbrnye penyakit dia ms dia buang ubat tu..dan dah tau jangkaan hayat kalo x meneruskan rawatan dan makan ubat..


olss rs sbrnye elok percaturan Allah..ina ni kalo jd ibu tunggal pun boleh terjamin anak2 sekolah balik..dia pun ms gan mawi dl pun walaupun keje kilang jenis boleh menyimpan duit.. dgn arwah je mcm terpengaruh idologi separa X sihat.. harap Ina ni sekolah Kan anak2 dia..anto anak2 ke maahad tahfiz yg banyak kat Kelantan tu ke... Iolss rs kalo Ina yg pegi dl,lg hancus anak2 ikut ideology arwah yg tah pe2...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 16-11-2023 12:04 AM
Salam takziah...

Sorry Kalo iolss terkasar ckp tp pd iolss kalo dah ditidurkan tu x mudah gak sbrny ...

Dia mcm masi cantik. Kesian tabah eh sikit pun dia tak menangis
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ina still lawo kalo bersiap..manetau dpt jadi bini bernombor sol ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia seorang isteri yg sangat sangat baik, sikit pun tak aibkan suami dia n cakap yg baik baik saja

Now up to waris sebelah suami dan dia sebagai ibu untuk corakkan anak anak jadi baik pulak. Part suami dia/ayah diorang tu dah lepas.
Ibu pun ada tanggungjawab kan.

Semoga dia ada support system yg kuat and dapat berdikari jugak
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 16-11-2023 12:52 AM
Dia mcm masi cantik. Kesian tabah eh sikit pun dia tak menangis

Kalo ikut muka dia msh cantik..cuma tkt dia termakan ideologi arwah yg tah pe2 Tu..kesian dia ingat kawin leh senang..jd mcm tu pulak..mmg agama penting tp pendidikan normal pun penting... Kira kn seimbang la kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Astagaaa tak sedar aku dah 15 tahun rupanya si Hadi tu!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
likilu replied at 15-11-2023 05:11 PM
Dia seorang isteri yg sangat sangat baik, sikit pun tak aibkan suami dia n cakap yg baik baik saja

...

Camna dia nak aibkan; dia dengan aruah suami sekufu ja sebenarnya dari segi pemikiran.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 05:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jerukkedondong at 16-11-2023 05:04 AM

إنّا ِللهِ وإنّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن 
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

AlFatihah buat arwah..
Hanya Allah yg Maha Menilai
takat ni je rezeki SS didunia ni
Semoga Ina boleh bangkit semula teruskan khidupan
Ina ni mesti isteri yg sngt baik..selama 15 tahun dgn SS dia just follow the flow..
Ina sentiasa support apa yg SS nk buat sbb Ina tahu SS ni lah yg kutip dia masa M dump dia brtahun dulu
moga Allah bantu Ina dn ank2



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2023 05:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa nk sekeh2 kepala dia ni suruh sekolahkan anak2..sedarlah ina...kesian anak2..apa pun ina ni nampak kuat dalam menghadapi kematian suami
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
muda lagi belum 40 pun ina ni..
semoga kehidupan anak-anak lebih baik bila lakinya dah mati ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
dia masih lagi keliru dlm dunia dia dgn SS tu...satu hari mesti tersedar...anak2 x skolah...nak buat apa utk truskan hidup..semoga dipermudahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 16-11-2023 06:05 AM
dia masih lagi keliru dlm dunia dia dgn SS tu...satu hari mesti tersedar...anak2 x skolah...nak buat ...

kan… bagi statement pun masih bunyi delulu. semoga dia cepat tersedar dari ideology esh esh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.164900 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list