CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9605|Reply: 1

[Kedah] Empat PPS dibuka di Kedah, mangsa banjir di Kedah meningkat

[Copy link]
Post time 15-11-2023 09:46 PM | Show all posts |Read mode
Empat PPS dibuka di Kedah, mangsa banjir di Kedah meningkat


Oleh Zuliaty Zulkiffli - November 15, 2023 @ 9:38pm bhnews@bh.com.my




Ketua Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah (Kanan) melakukan pemantauan di kawasan terjejas banjir berhampiran Sungai Anak Bukit. - Foto ZULIATY ZULKIFFLI




ALOR SETAR: Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kota Setar berikutan limpahan air Sungai Anak Bukit menyebabkan mangsa banjir terus bertambah di negeri itu.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, ini menjadikan empat PPS yang dibuka setakat ini iaitu .

Beliau berkata, tiga daripadanya adalah di daerah Kota Setar iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah dan di SK Taman Aman yang dibuka jam 5.30 petang tadi.

"Bagaimanapun jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS SK Taman Aman masih dalam proses pendaftaran.

"Jumlah keseluruhan mangsa di tiga PPS di daerah Kota Setar adalah seramai 137 mangsa daripada 48 keluarga setakat jam 8 malam tadi.

"Sebuah PPS di daerah Kubang Pasu iaitu di SK Malau yang menempatkan seramai 44 mangsa daripada 11 keluarga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Suhaimi berkata, setakat ini, paras bacaan Sungai Anak Bukit terus melebihi paras bahaya setakat jam 8 malam tadi, menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dinaiki air.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2023 05:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan semua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.067740 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list