CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3849|Reply: 2

"Satu Level Pun Tak Layak Lagi,"-Ryan Dan Adam Bakery Dituduh Nak Dilihat Setaraf Dan Pengganti Kumpulan Pelawak Senario

[Copy link]
Post time 15-11-2023 11:59 AM | Show all posts |Read mode
Ryan Bakery dan Adam Bakery nafi  ingin dilihat setaraf dan pengganti kumpulan pelawak Senario,


Kata Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, mereka menjadikan kumpulan Senario sebagai idola dalam menyusun perjalanan karya seninya.




Foto: mStar




"Saya baca komen tersebut... tapi saya pelik dengan pemahaman dia orang yang mengatakan saya nak sama tahap dengan Senario. Eh, jauh panggang dari api!


"Fahaman mereka salah. Kami idolakan Senario dan nak jadi macam mereka yang ada kisah rakyat ada lagu-lagu rakyat. Bukan sama level dengan mereka," katanya kepada mStar.


Menurut Ryan, kumpulan berkenaan menjadi pencetus idea untuk dia dan adiknya iaitu Ryan Bakery menghasilkan pelbagai konten memaparkan kisah sebenar masyarakat.


Malah mereka juga menyimpan hasrat untuk menghasilkan lagu mahupun filem pendek yang mengangkat kisah rakyat.




  



"Saya suka yang ada kisah rakyat dan konten saya pun macam itu yang mengisahkan tentang rakyat. Mana tahu satu hari nanti saya boleh buat filem pendek ke saya akan mulakan dengan kisah rakyat.


"Komen yang elok kita ambil... yang tidak membina ini kita buang tepi sajalah," ujarnya.


Sementara itu, kedua beradik ini turut mengakui puas apabila dapat melakukan persembahan terbaik pada minggu kelima FD3.


Meskipun tidak berjaya mengumpulkan kesemua ahli Senario berkenaan namun dua beradik itu mengakui cukup terharu apabila menerima pelbagai nasihat dan pesanan dari ahli kumpulan tersebut.


"Kalau ikutkan kami memang nak bawa ketujuh-tujuh ahli Senario ada tapi ada yang sibuk dan hanya Abang Azlee dan Yassin sahaja.


"Lebih istimewa apabila Abang Wahid siap hantar video minta maaf sebab tak dapat ikut serta dan dia juga bagi kata-kata semangat buat kami. Sama juga dengan Abang Saiful Apek dan Pak Ya sebab mereka di luar kawasan," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2023 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik beradik paling jijik berkeladak dan berdaki tahun 2023
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik bradik btol ke
Kaler lain
Ketinggian berbeda
Paras rupa tak sama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.046424 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list