CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3554|Reply: 0

[Kedah] Bimbang jambatan runtuh jika hujan lebat

[Copy link]
Post time 14-11-2023 03:39 PM | Show all posts |Read mode

Bahari menunjukkan hakisan yang berlaku di jambatan Kampung Bukit Hangus, Jeneri di sini selepas banjir kilat semalam. FOTO Noorazura Abdul Rahman

Sik: Kira-kira 500 penduduk Kampung Bukit Hangus dan Kampung Kuala Hai, Jeneri di sini terjejas selepas jambatan utama di kampung berkenaan hampir runtuh akibat hakisan susulan banjir kilat semalam.

Keadaan itu menyebabkan jambatan itu terpaksa ditutup kepada kenderaan berat termasuk kereta bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Penduduk, Bahari Manai, 63, berkata hakisan akibat arus deras kerana hujan lebat hampir dua jam kira-kira 4 petang semalam turut menyebabkan tiga rumah dinaiki air hampir satu meter.

"Hari ini penduduk terpaksa menggunakan motosikal dan berulang alik banyak kali untuk hantar anak-anak ke sekolah.



"Kami bimbang jika arus deras berlaku lagi, jambatan ini akan runtuh. Penduduk tidak ada jalan alternatif jadi kami terpaksa tutup dan hanya benarkan motosikal saja lalu," katanya.

Bagi pasangan warga emas Jaafar Ahmad, 72, dan isterinya Liah Hussin, 89, mereka sudah lali dengan banjir kilat kerana sudah empat kali rumah dinaiki air bulan ini.

Menurut Jaafar, rumah yang didiami lebih 30 tahun lalu semakin uzur akibat sering dinaiki air.

"Semalam selepas hujan lebat tak sampai sejam rumah kami dinaiki air, kami hanya selamatkan diri dengan naik di bahagian atas rumah.

"Rumah ini terpaksa dibiarkan kosong tanpa perabot, air dari bukit juga semakin deras, jadi saya tak hairan jika jambatan di depan rumah saya nanti boleh dihanyutkan air," katanya.

Katanya, dia berharap pihak berwajib dapat ambil tindakan segera untuk memastikan penduduk tidak terus terjejas akibat banjir kilat.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uh-jika-hujan-lebat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.093882 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list