CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1177|Reply: 0

[Kedah] Kafe Makan Percuma kini dibuka 3 hari seminggu

[Copy link]
Post time 11-11-2023 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Kafe Makan Percuma kini dibuka 3 hari seminggu

oleh NURUL HIDAYAH HAMID
11 November 2023   08:10am








Mohd Azrul (kiri) bersama kakitangan Hotel Sri Malaysia yang bekerjasama menjayakan Kafe Makan Percuma di Jalan Sultanah, di Alor Setar.



ALOR SETAR - Pertubuhan Bank Makanan Malaysia (Food Bank Malaysia) yang membuka Kafe Makan Percuma di Jalan Sultanah, di sini, sejak 2020 terus mendapat sambutan hangat daripada orang ramai khususnya golongan memerlukan.

Pengasasnya, Mohd Azrul Mohd Razak berkata, kafe yang menyediakan aneka makanan secara percuma seperti nasi, lauk-pauk, sayur-sayuran, kuih-muih, buah-buahan dan bubur hanya beroperasi pada waktu tengah hari setiap hari Rabu sebelum ini.



Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya kini membuka Kafe Makan Percuma selama tiga hari dalam seminggu atas sambutan dan permintaan golongan memerlukan.

"Pada hari Rabu, kami menyediakan makanan tengah hari percuma antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang, manakala menu sarapan percuma disediakan antara jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi pada Jumaat dan Sabtu.



"Kami tidak menetapkan sebarang had individu dan sesiapa sahaja boleh datang ke Kafe Makan Percuma ini," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau menjelaskan, pengunjung boleh terus 'walk in' tanpa sebarang proses pendaftaran untuk menikmati antara empat hingga enam jenis makanan disediakan secara percuma.

"Kebiasaannya, makanan disediakan di kafe yang dibuka Food Bank Malaysia dengan kerjasama Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Kolej Komuniti Sik, Lotus's Malaysia, Hotel Sri Malaysia dan Food Aid Foundation akan habis licin kerana menerima kunjungan ramai dalam satu-satu masa.






Kafe Makan Percuma menyediakan hidangan tengah hari dan sarapan percuma kepada orang ramai.




"Jadi, premis sedia ada terbabit tidak mampu menampung kehadiran pengunjung yang ramai," katanya.

Sehubungan itu, Mohd Azrul berkata, Food Bank Malaysia masih memerlukan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk bina bangunan Food Bank Malaysia.

"Setakat ini, kami hanya berjaya mengumpul RM1,000 untuk merealisasikan hasrat Food Bank Malaysia menyediakan hab untuk kerja-kerja kebajikan.









"Jadi, kami amat mengalu-alukan sekiranya terdapat mana-mana pihak atau badan korporat yang bersedia menyediakan tempat atau bangunan," katanya.

Beliau menambah, pihaknya memerlukan sumbangan bahan mentah seperti beras, gula, minyak masak, roti, biskut, tepung, ikan, ayam serta ayam, selain wang demi terus menjayakan Kafe Makan Percuma itu.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Food Bank Malaysia turut memerlukan mesin retort bagi membantu menyediakan makanan sedia dimakan.

Mohd Azrul menjelaskan, mesin retort terbabit diperlukan untuk memudahkan bantuan kepada golongan memerlukan seperti gelandangan, mangsa bencana alam serta banjir.

"Antara lain, sumbangan terbabit boleh membantu golongan ibu tunggal meningkatkan pendapatan mereka," katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank 5520 9523 6240 atas nama Pertubuhan Bank Makanan Malaysia.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.060649 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list