CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1034|Reply: 0

[Kedah] Laluan di kawasan Changlun dinaiki air akibat banjir kilat

[Copy link]
Post time 11-11-2023 12:02 AM | Show all posts |Read mode
Laluan di kawasan Changlun dinaiki air akibat banjir kilat

Oleh Zuliaty Zulkiffli - November 10, 2023 @ 11:55pm [email protected]




Anggota APM Kubang Pasu melakukan pemantauan di Kilometer 13.6 Lebuhraya Utara Selatan berhadapan Taman Jelutong yang dinaiki air akibat banjir kilat. NSTP/Ihsan APM




CHANGLUN: Hujan lebat melebihi dua jam menyebabkan laluan di kawasan Taman Resak dan Kilometer 13.6 Lebuhraya Utara Selatan berhadapan Taman Jelutong di Mukim Temin, dilanda banjir kilat.

Berikutan itu, banyak kenderaan awam tidak dapat melalui kawasan ini disebabkan air naik terlalu cepat manakala kenderaan berat meneruskan perjalanan masing-masing tetapi perlahan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi, berkata hujan lebat bermula jam 6 petang itu menyebabkan kawasan laluan ditenggelami air setinggi 0.3 meter.

Beliau berkata, punca kejadian adalah disebabkan limpahan air secara mengejut dan berlebihan.

"Bagaimanapun tiada mangsa yang dipindahkan setakat ini dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

"Namun anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kubang Pasu masih melakukan pemantauan di kawasan terjejas yang dinaiki air," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Adenin berkata, pihaknya turut menasihatkan penduduk supaya berpindah ke PPS berdekatan jika keadaan semakin buruk.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.055465 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list