CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3456|Reply: 0

[Pulau Pinang] Henti jualan lampu hiasan tanpa piawaian – CAP

[Copy link]
Post time 9-11-2023 06:01 PM | Show all posts |Read mode

Antara lampu hiasan yang didakwa tidak diperakui dan dilabelkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga.

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa menghentikan penjualan lampu hiasan atau lampu raya yang didakwa dipasarkan tanpa piawaian sehingga boleh memudaratkan keselamatan pengguna.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, lampu hiasan termasuk di bawah 34 kategori produk elektrik isi rumah, yang diklasifikasikan oleh Suruhanjaya Tenaga (EC) serta wajib mendapatkan Sijil Kelulusan (COA).

Bagaimanapun katanya, hasil tinjauan pihaknya di beberapa pusat beli-belah popular di negeri ini mendapati semua lampu hiasan yang dijual tidak diperakui dan dilabelkan pihak sedemikian.

Katanya, di bawah subperaturan 97(1) Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, tiada seorang pun boleh mengilang, mengimport, mempamerkan, menjual atau mengiklankan barang-barang ini tanpa kelulusan EC.

“Memandangkan musim perayaan semakin hampir yang akan disambut sehingga Februari tahun depan, kedai dan gerai kini sudah dibanjiri dengan pelbagai jenis hiasan.

“Hiasan tradisional nampaknya dikalahkan oleh lampu hiasan yang kebanyakannya tidak tahan dalam pembuatannya dan boleh menyebabkan kejutan elektrik dan bahaya kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Hakikatnya jelas beliau, pengguna kini tidak menyedari atau terganggu dengan potensi bahaya yang berpunca daripada produk lebih rendah mutunya serta reka bentuk yang tidak tahan lama.

“Sehubungan itu, CAP menggesa Suruhanjaya Tenaga untuk menghentikan import dan penjualan barangan ini dengan kadar segera agar pengguna tidak berdepan dengan sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... tanpa-piawaian-cap/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.776502 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list