Azharina kini berdepan dengan masalah kesihatan namun belum bersedia dedah mengenai penyakit yang dihidapinya.
Katanya dia mula mengetahui tentang penyakitnya itu sejak tahun lalu dan kini masih dalam proses rawatan.
Foto: IG
"Saya dapat tahu tentang penyakit ini tahun lalu dan boleh dikatakan dia kategori penyakit bahaya. Sekarang masih dalam proses untuk mengubati sakit tersebut.
"Ada benda yang boleh dikongsi dan ada perkara yang perlu saya simpan. Kalau sudah bersedia nanti saya akan ceritakan kepada semua.
"Namun siapa yang kenal mengenali pasti tahu saya seorang yang sangat positif dan ceria. Masalah sedikit itu kita jangan terlalu fikirkan," katanya kepada mStar.
Menurutnya lagi disebabkan sakit yang dialami itu ia juga menganggu stamina ketika menyanyi.
Tidak pernah menjadikan ia sebagai alasan untuk memberikan persembahan terbaik, Azharina juga banyak melakukan aktiviti seperti boxing dan Muay Thai sebagai senamam.
"Bila sudah ada penyakit saya perlu lakukan sesuatu untuk tingkatkan semula stamina. Sebab itu saya mula melakukan aktiviti boxing dan Muay Thai.
"enyakit ini mengganggu dari segi stamina dan juga suara. Ada hari saya rasa nak baring sahaja disebabkan mudah rasa penat.
"Sebelum masuk ASGV pun doktor sudah pesan supaya jaga pemakanan. Namun bukan mudah sebab bila sibuk, makan tidak teratur dan jadual tidak menentu," ujarnya.
Sementara itu bercakap tentang cabaran minggu kelapan ASGV, penyanyi ini sedar akan ada perbandingan apabila dia diberi tugasan menyanyi lagu Ya Maulai yang dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza.
"Saya mohon belas ihsan dan maaf terlebih awal kerana tidak mungkin saya akan jadi seperti Datuk Siti. Suara kami berbeza.
"Saya juga kenalah minta izin dia untuk nyanyikan lagu ini kerana bimbang akan menghancurkannya nanti," jelasnya. -CARI
macam-macam la peserta asgv ni... dorang ni rasanya dah mula cuak boleh ke proceed ke minggu seterusnya sbb semua pun juara mgkn confident level kurang sikit.. so start la cari alasan bila tak perform elok. last 2 weeks Jac tp tok ram dah cakap itu bukan alasan.. aishah lg senang... salahkan duet partner & kata ada org nak kenakan dia... makin lama tinggal yg kuat2 jer lg la mcm2 alasan keluar ni.... tunggguuuuu