View: 1285|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Ditahan bersama rokok seludup lebih setengah juta ringgit
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/2hmdkt1ds_1698914532.jpg)
ROHIZAN (dua dari kanan) menunjukkan 528,000 rokok kretek bernilai lebih RM600,000 termasuk cukai yang dirampas selepas menahan pemandu van di lebuh raya PLUS. FOTO Mikail Ong.
Georgetown: Pemandu van ditahan bersama lebih 528,000 batang rokok kretek bernilai RM649,840 di Kilometer 116.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Sungai Bakap, di sini.
Timbalan Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang, Superintendan Rohizan Mohamad Saaid berkata, rampasan yang dibuat menerusi Op Kontraban oleh Unit Risikan Marin bersama PDRM pada 6 pagi semalam.
Katanya, terdahulu pasukan mengesan kenderaan itu dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan mendapati bahagian dalamnya ditutup kain hitam.
"Kita menemukan 55 guni berisi 4,400 karton atau 528,000 batang rokok jenis kretek di dalam van itu yang dianggar bernilai RM609,840 termasuk cukai.
"Susulan itu, lelaki tempatan berusia 54 tahun yang juga pemandu van ditahan untuk siasatan," katanya pada sidang media di PPM Batu Uban di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Rohizan berkata, semakan terhadap nombor pendaftaran van mendapati ia palsu dan suspek direman 10 hari hingga 10 November, selain dia juga mempunyai rekod kesalahan lampau.
"Rokok terbabit dipercayai dibawa masuk dari Indonesia menerusi laluan laut sebelum diambil suspek yang bertindak sebagai 'transporter' di Terengganu, untuk dibawa ke utara.
"Sampai di lokasi tertentu, suspek akan mengedar kepada pembekal bagi dijual kepada pembeli dan dipercayai sindiket itu menggunakan khidmat tonto untuk mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.
Beliau turut memberitahu sindiket bergerak waktu malam bagi mengelak dikesan dan suspek dipercayai sudah beroperasi tiga bulan dan menerima upah RM500 bagi setiap penghantaran.
"Barangan dihantar dua kali seminggu dan kita masih menyiasat lokasi yang terbabit dalam sindiket terbabit," katanya yang memaklumkan kes diserah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan dan disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam 1967.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tengah-juta-ringgit |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|