CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1290|Reply: 0

[Kedah] Ribut landa Pendang, 24 rumah terjejas

[Copy link]
Post time 2-11-2023 04:31 PM | Show all posts |Read mode

Anggota APM Pendang turun memantau dan membuat bancian rumah yang rosak akibat ribut pada petang Rabu. Foto Ihsan APM Pendang



PENDANG - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 24 buah rumah rosak dalam kejadian ribut di dua lokasi di Pendang pada petang Rabu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, kawasan tersebut membabitkan Taman Sri Delima, Jalan Jenun dan Kampung Pulau Machang, Pendang, di sini.

"Kejadian ribut ini dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 petang dan terjejas teruk adalah perumahan di Taman Seri Delima membabitkan 23 rumah didiami 72 mangsa, manakala di Kampung Pulau Machang pula sebuah rumah didiami dua mangsa," katanya dalam satu kenyataan.

Yuslina berkata, APM Pendang juga menerima panggilan berkaitan pokok tumbang menghalang laluan di Perumahan Keda Asam Jawa dan Klinik Kesihatan Pendang.

Menurutnya, walau bagaimanapun tiada kerosakan berlaku dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah itu setakat ini.

Sementara itu, di daerah Kuala Muda pula, empat mangsa dari dua buah keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Taman Gurun Jaya akibat banjir kilat di Gurun.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, banjir tersebut disebabkan angin kencang dan hujan lebat.

https://www.sinarharian.com.my/a ... g-24-rumah-terjejas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.117665 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list