CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1206|Reply: 0

[Pulau Pinang] Terima kasih abang bomba kerana tunaikan hasrat pesakit barah tahap akhir

[Copy link]
Post time 2-11-2023 03:18 PM | Show all posts |Read mode

Anggota Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bergambar Yazeed Hafiy Muhamad Yamin (depan dua dari kanan); Nur Umairah Abd Rahman (depan dua dari kiri); dan Muhamad Firas Haziq Samsol (depan kiri) ketika lawatan di Pangkalan Udara Wilayah Utara JBPM Bertam. FOTO DANIAL SAAD


Kepala Batas: Senyuman tidak lekang di wajah Nurul Umairah Abdul Rahman yang berada di kerusi roda ketika dibawa melihat helikopter dan menyaksikan demonstrasi serta teknik menyelamat dipersembahkan anggota Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Nurul Umairah yang berusia sembilan tahun menghidap barah otak tahap akhir dan tiada lagi rawatan serta ubatan yang boleh diambil bagi mengubati penyakit dihidapinya sejak September 2020.

Anak sulung daripada dua beradik itu berkata, dia bangun seawal jam 5 pagi untuk bersiap dan bertolak dari rumahnya di Pendang, Kedah ke Pangkalan Udara Wilayah Utara JBPM di Bertam, di sini, dengan ditemani ibu bapa serta adik bongsunya.



"Seronok sangat dapat naik lori (jentera) bomba dan dapat tengok helikopter. Pagi tadi bangun awal sebab nak datang sini," katanya dengan senyuman sentiasa terukir di bibir kepada media.

Selain Nurul Umairah, dua lagi iaitu Muhamad Firas Haziq Samsol, 9, yang menghidap barah tulang dan pesakit leukemia, Muhamad Yazeed Hafiy Mohamad Yamin, 15, turut teruja apabila berpeluang merasai pengalaman sama.

Ibu Nurul Umairah, Noor Shahirah Mohd Fuzi berkata, keluarganya bersyukur dan gembira kerana kanak-kanak berkenaan diberi kesempatan untuk memenuhi impian mereka.

"Apabila saya maklumkan Nurul Umairah berkaitan program ini, setiap hari dia akan bertanya bila dia boleh datang.

"Sepanjang berada di sini, Nurul Umairah sentiasa tersenyum malah saya bersyukur kerana impiannya kini tercapai.

"Kami berterima kasih kepada Persatuan Sahabat Kanak Kanak Kanser Wilayah Utara (Foccan) dan Unit Udara JBPM yang merealisasikan impian anak saya serta pesakit lain," katanya.

Presiden Foccan Maznah Tayib berkata, pihaknya akan sentiasa memberi sokongan emosi kepada keluarga yang mempunyai anak-anak yang menghidap barah untuk mereka menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin.

"Saya terharu dengan kerjasama daripada Unit Udara JBPM hari ini, kerana mereka cukup bersemangat untuk menunaikan impian tiga pesakit ini yang mana dua daripada mereka adalah pesakit yang disahkan oleh doktor jangka hayat mereka tidak lama.

"Ini adalah kenangan terindah kepada kanak-kanak dan keluarga ini," katanya.

Sementara itu, Penguasa Kanan Bomba II, Pangkalan Udara Wilayah Utara Muhammad Fisol Rosli berkata, pihaknya mengambil kesempatan untuk menunjukkan kepada pesakit berkaitan tugas Unit Udara JBPM yang melakukan kerja-kerja penyelamatan selain memberi pendedahan menaiki jentera bomba.

"Kita bawa mereka mendekati helikopter digunakan dan kita dapat lihat keterujaan mereka.

"Pada masa sama, kita juga pamerkan demonstrasi bagaimana kami menjalankan operasi menyelamat.

"Mereka juga dibawa 'meronda' dengan menaiki jentera bomba," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-barah-tahap-akhir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.060245 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list