CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 832|Reply: 0

[Kedah] Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 perkenal Pulau Pinang di mata dunia

[Copy link]
Post time 31-10-2023 04:51 PM | Show all posts |Read mode

Hon Wai (tujuh dari kanan) dan Musa (tujuh dari kiri) menyampaikan penghargaan kepada wakil-wakil penaja dan rakan strategik ketika pelancaran Miss SHOPhia Go Travel 2023 dan penyampaian hadiah Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 pada Sabtu.



GEORGETOWN - Penganjuran Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 pada 28 Oktober 2023 di sini, berjaya menarik penyertaan peserta antarabangsa antaranya penglibatan daripada negara India, Indonesia, Singapura, Filipina, dan Brunei.

Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof berkata, ia merupakan satu lagi inisiatif untuk memperkenalkan peserta tentang daya tarikan dan keindahan Pulau Pinang yang sebelum ini mungkin belum pernah diteroka.

Menurutnya, tahun 2023 melakar sejarah baharu acara itu dengan penglibatan peserta antarabangsa, sekali gus akan meningkatkan pengetahuan dunia tentang keindahan Pulau Pinang.

“Tahun ini, acara ini membawa persona yang unik ke bandar Pulau Pinang dan keunikan negeri ini boleh dirasai menerusi program ini," katanya.



Musa (berdiri, tengah) bersama peserta-peserta Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 yang dilepaskan di pekarangan The Top, Komtar pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Miss SHOPhia Go Travel 2023 dan penyampaian hadiah Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 yang disempurnakan oleh Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai di Gurney Paragon Mall di sini pada Sabtu.

Sementara itu, beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa Malaysia berada di landasan yang tepat untuk melepasi sasaran 16.1 juta ketibaan pelancong antarabangsa pada tahun ini dan mengalu-alukan sehingga 18 juta pelawat melawat Malaysia menjelang akhir tahun ini.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada penaja dan rakan strategik yang menjayakan program itu iaitu Penang Global Tourism, The Top Penang, Gurney Paragon Mall, PDC Setia Urus, Malaysia Airlines, Firefly dan VISA.



Terdahulu, kira-kira 52 pasukan menyertai program tersebut, di mana tiga kategori dipertandingkan iaitu terbuka, media dan antarabangsa.
https://www.sinarharian.com.my/a ... inang-di-mata-dunia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.039130 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list