CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 857|Reply: 0

[Sabah] Hotel gagal patuhi notis JBPM diarah tutup

[Copy link]
Post time 30-10-2023 11:55 PM | Show all posts |Read mode


TINDAKAN: Abdul Razak ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Lahad Datu, hari ini.

LAHAD DATU: Sebuah Hotel di daerah ini diarahkan tutup selepas didapati gagal mematuhi notis menghapus bahaya kebakaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pengarah JBPM Negeri Sabah Abdul Razak Muda berkata, keputusan itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Katanya, perintah tutup berkenaan adalah di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).

“Premis ini telah beroperasi sebegitu lama dan pemeriksaan Penghapusan Bahaya Kebakaran telah dijalankan pada 11 Januari 2021.

“Pada 16 Januari, 10 notis bahaya kebakaran telah dikeluarkan kepada premis ini dan mereka diberi tempoh 30 hari untuk mematuhi keseluruhan sepuluh notis tersebut.

“Namun hasil pemeriksaan pada 19 April 2021, didapati premis ini masih lagi tidak mematuhi semua notis menghapus bahaya kebakaran yang telah dikeluarkan,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Lahad Datu, hari ini.

Menurutnya, satu kertas siasatan telah dibuka dan satu lagi pemeriksaan telah dibuat oleh Pegawai Penyiasat untuk memastikan 10 notis menghapuskan bahaya kebakaran telah dipatuhi atau sebaliknya.

“Bagaimanapun, pemeriksaan itu mendapati bahawa premis berkenaan masih tidak mematuhi semua notis itu secara keseluruhan.

“Maka JBPM mengambil keputusan untuk membawa kes ini ke mahkamah bagi tujuan perintah tutup,” katanya.

Abdul Razak menegaskan bahawa JBPM mengambil serius berkaitan ketidakpatuhan premis-premis yang sepatutnya mempunyai Sijil Perakuan Bomba.

“Statistik JBPM menunjukkan terdapat 478 premis yang sepatutnya mempunyai Sijil Perakuan Bomba, namun sehingga Oktober 2023, hanya 181 premis sahaja yang mempunyai sijil berkenaan.

“Ini bermakna masih banyak lagi premis yang beroperasi tanpa Sijil Perakuan Bomba dan untuk makluman sijil ini mesti diperbaharui setahun sekali,” katanya.

Beliau berharap supaya perintah tutup yang dikenakan ke atas hotel ini menjadi pengajaran dan iktibar kepada premis-premis lain.

“JBPM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih serius bagi menjamin keselamatan penghuni dan pekerja,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.053933 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list