CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2040|Reply: 10

Ramli MS Tegaskan Tiada Unsur Pilih Kasih Dalam ASGV

[Copy link]
Post time 30-10-2023 03:45 PM | Show all posts |Read mode
Ketua juri program All Stars Gegar Vaganza (GV10), Datuk Ramli MS sekali lagi menegaskan tidak wujud unsur pilih kasih atau penyanyi kegemaran dalam pemarkahan peserta.


Menurut Ramli, setiap peserta akan menerima markah yang selayaknya berdasarkan kualiti dan prestasi persembahan mereka pada setiap minggu.






“Tidak ada pilih kasih atau favoritism. Kalau mereka beri persembahan bagus, kami akan hadiahkan ganjaran, itu sahaja.


“Kalau kerja 10 jam, kami bayar gaji mengikut tempoh itu,” katanya.


Dalam masa sama, maestro muzik itu turut menafikan beberapa peserta seperti Aliff Aziz, Hady Mirza dan Jaclyn Victor merupakan ‘anak emas’ juri kerana sering mendapat komen positif.


“Orang cakap Aliff Aziz anak emas sedangkan kalau tiada Zamani malam ini (semalam), dia yang angkat beg (tersingkir).


“Sekarang dia di tangga corot dan Hady pula memang tunjuk prestasi yang bagus, menyanyi sambil menari adalah satu perkara sukar. Hal itu memang dipersetujui oleh semua juri.


“Ada juga cakap Jaclyn Victor pun anak emas tetapi dia juga tidak berada di kedudukan tinggi,” katanya lagi.


Mengulas mengenai keputusan juri menyingkirkan Zamani pada konsert keenam semalam, Ramli berkata, masalah teknikal berkaitan nyanyian antara punca penyingkiran tersebut berlaku.


“Sudah beberapa minggu dia ada masalah hendak habiskan sebutan (lirik). Apabila lambat, tempo bahagian depan pula sudah menunggu.


“Jadi apabila asyik terlambat, nafas pun kelam kabut. Banyak isu teknikal,” ujarnya.


Sementara itu, Ramli juga menyifatkan penyanyi Liza Hanim layak meraih markah tinggi dua dua minggu berturut-turut selain berjaya memukau hati juri dengan nyanyian lagu Rembulan.


“Liza mantap, tahap keyakinan pun tinggi. Itu yang kami mahukan,” ujarnya.


Semalam, Zamani meraih markah terendah dan diumumkan tersingkir pada minggu keenam GV10, sekali gus mengikut jejak langkah beberapa bekas peserta yang awal iaitu Suki Low, Cliff Umar, Datuk Aishah dan Ayai Illusi.


Selain Ramli, peserta GV10 turut diadili oleh guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang.




Sumber: HibGlam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2023 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya Zamani pon dah ready nak kuar.. Don't worry Zamani, nanti kaki jalan bawak pi tour. Negara/negeri mana tu tak pasti lah.. Tapi mesti dapat payment jugak kan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah ke memang saja bagi Aliff bottom minggu ni sebab nak membuktikan korang tak pilih kasih?

Masalahnya bila masa Hady Mirza jadi kesayangan? Yg orang petik kesayangan selama ni Alip, Jac n LH.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
setuju hm bukan kesayangan, yg kesayangan aa,jv & lh, cuma kali ni aa bottom 2 kalau x hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Selama iolls tgk GV, nampak sgt tok ram bias dkt AA, HM.. senegera kot
Tp kurang2 npk la HM tu bersungguh2 & suara sedap.. AA makin lama makin tak best
Yg iolls tak puas hati last week juri mcm bitter ja dgn kecamam netizen, hello netizen ni la yg byr astro, sekali byr gaji uolls jd juri dkt GV
Tok ram ckp pon lebih kurang ja, makan gaji buta la..
Sekian dr iolls pegguna astro
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Iyo laaaa... iyoooo laaa kami sume percaya je.. sedangkan jd mak bapak pun x bleh bagi kasih sayang seadanya ..setiap family ada je ank favourite mak bapak ini kan dlm rancangan mcm ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2023 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
prizadane replied at 30-10-2023 05:35 PM
Alah ke memang saja bagi Aliff bottom minggu ni sebab nak membuktikan korang tak pilih kasih?

Masal ...

Aku pun rasa gitu lah ..next week ko tgok mesti depa bagi LH bawah2 ..Jac bawah2 ..  Alip naik balik..hahah
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
AWEKSAMURAI replied at 30-10-2023 09:57 PM
Aku pun rasa gitu lah ..next week ko tgok mesti depa bagi LH bawah2 ..Jac bawah2 ..  Alip naik bal ...

Jac dah pernah bottom 3. Minggu sebelum tu dia top 1. Ala, kesian sangat dah permainan asteruk… AA tu dah berapa kali dengar bunyi angin, tapi sentiasa top rank. Last week je bottom 2. Tu pun sebab tak boleh nak cover kehaukan dia nyanyi. Ingat bunda n tok naz tu akan bagi markah low ke kat AA?

CT Nana pun minggu ni selamat sebab bunda je kot bagi markah tinggi. Tok Naz n AA memang nampak sangat tak favor she. Same with Naqiu… boleh nampak ya Tok Naz tak suka he. Tapi it’s okay… dalam ramai-ramai fans GV, CT Nana la job paling asyuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2023 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Iyolah. Putik jagung tu berbisik2 atas pentas pulak sentiasa selamat. Semak
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Najis sentiasa wangi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
alien88 replied at 30-10-2023 09:48 PM
Selama iolls tgk GV, nampak sgt tok ram bias dkt AA, HM.. senegera kot
Tp kurang2 npk la HM tu bersu ...

Betol Aa Makin x best. Mohon keluarkn AA.  Bella pun x lah insecure or buat fitnah kat bekas2 skandal AA yg nk dtg ke GV....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.051017 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list