CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1520|Reply: 10

[Tempatan] Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah

[Copy link]
Post time 29-12-2025 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman berhubung titah adendum yang didakwa membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee, yang mewakili Najib, ketika dihubungi mengesahkan bahawa notis rayuan berkaitan titah adendum telah difailkan di Mahkamah Rayuan pada 24 Dis lepas.

Beliau juga berkata rayuan bagi kes melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib akan difailkan dalam masa terdekat selepas pihaknya menerima perintah rasmi daripada mahkamah untuk pengesahan.

Pada 22 Dis lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Alice Loke Yee Ching menolak permohonan itu selepas mendapati titah berkenaan tidak dibincang atau diputuskan semasa Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 pada 29 Jan 2024.

Berita penuh di https://bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2507001

#BernamaNews #Mahkamah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2025 10:13 PM | Show all posts
Dari satu sisi najib hebat. Sgt konsisten untuk cuba berpaut kpd tali hayat walaupun saiznya spt sehelai rambut. hebat... satu lagi sudah bertahun-tahun fight dimahkamah, dia tetap tak berhenti, berapa besar kos yang dibelanjakan pun tak taulah...

aku ingat semua jalan telah tertutup untuk najib... oppss masih ada satu.. jalan politik iaitu jika umno menang majoriti dan orang yang jadi pm itu bebaskan najib.. tapi maukah seorang pm bebaskan najib... dan mengancam kedudukan dia sebagai pm. katalah zahid hamidi jadi pm, maukah dia bebaskan najib dan digantikan oleh najib?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 10:21 PM | Show all posts
Jika approved banduan lain pun ada harapan minta tahanan rumah...bayangkan pedofail dan murderer yg kerat 18 mangsa jadi jiran uols
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 11:14 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 29-12-2025 11:16 PM

Bijan mungkin terus berjuang ketitisan darah terakhir sebab :

1. masih terdapat ahli2 Umngok yg setia dgn Bijan.

bila Bijan merayu. ahli2 yg setia ni akan buat kecoh desak gov tunduk kpd rayuan Bijan

2. bila kes masih berjalan.

- Peguam sentiasa mai, jadi Bijan sentiasa ad pelawat

- dapat kuar pi mahkamah. masa dalam penjara kurang

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 01:13 AM | Show all posts
Edited by manopBKK at 30-12-2025 01:17 AM
pengecatbintang replied at 29-12-2025 11:14 PM
Bijan mungkin terus berjuang ketitisan darah terakhir sebab :

1. masih terdapat ahli2 Umngok yg set ...

Bagus,.. semoga melingkup PRU 16 tinggal 10 kerusi. Biar Rukun Negara jadi angan2 kosong negara.

Harap YDPA ampunkan lah  




Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Good luck
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2025 09:53 AM | Show all posts
pengecatbintang replied at 29-12-2025 11:14 PM
Bijan mungkin terus berjuang ketitisan darah terakhir sebab :

1. masih terdapat ahli2 Umngok yg set ...

pd pandangan aku UMNO skrg lbh pd individu bukan parti lg dah.. sbb tu bijan buat hal pun tetap sokong pdhl dlm UMNO ramai je lg ahli yg dorang blh angkat.. mgkn sbb bijan byk bg manis2 kot.. sorry ek kalau tak setuju ni pndgn peribadi aku. aku ni bab politik mcm bangsa final amk tahu hujung2 je
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 10:55 AM | Show all posts
Hukum gantung sampai mati jelah dia ni, bahaya kot untuk ekonomi negara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2025 10:57 AM | Show all posts
kalau pun dapat... itu untuk hukuman dia yang dijatuhkan dulu kann...
then dapat hukuman baru, kena masuk balik la....
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2026 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 29-12-2025 10:13 PM
Dari satu sisi najib hebat. Sgt konsisten untuk cuba berpaut kpd tali hayat walaupun saiznya spt seh ...

Ramai penyokong totok..


https://youtube.com/shorts/yBSRoYb5qTs?si=ry8q0V9tmFKGB67e
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 12:48 AM | Show all posts
PhD dah dapat ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1478 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Secret dalang pemerdagangan seksual
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Founder Victoria Sec
Views : 1584 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67121 Replies : 48
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278547 Replies : 1527

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.705589 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list