Mummy rindu Daddy di sisi, kata Nooryana Najwa merujuk kepada ibunya Datin Seri Rosmah Mansor dan bapanya, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam kiriman Instagram, Nooryana berkata dia cuba menemani Rosmah sebaik mungkin, demi mengubat rindunya dengan kekosongan di rumah.
“Daddy tidak ada di sisi kami, tidak di rumah lagi kini.
“Saya cuba menemani Mummy sebanyak mungkin, mengubati rindunya dengan kekosongan di rumah…adakalanya waktu tidur juga supaya katil di sebelah Mummy tidak rasa kosong sangat,” tulisnya di Instagram.
Dia berkata ibunya seorang isteri yang sangat merindui suara, gelak tawa, keceriaan, (dan mempunyai) suami di sisi.
“(Dia) kini memikul tanggungjawab ketua rumah kami buat sementara waktu, dan pada masa sama juga memperjuangkan keadilan buat dirinya.
“Seorang nenda yang sentiasa cuba memikirkan bagaimana menjawab soalan cucunya apabila ditanya “di mana atuk?”
“Seorang yang memahami perjuangan dan laungan Bossku, sentiasa berada di sisinya sepanjang masa ini, waktu suka dan dukanya.
Menurutnya mereka akan terus mendoakan kesihatan dan kebebasan Najib agar Najib mendapat keamanan dan ketenteraman di hari tuanya.
Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Najib untuk membatalkan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, setelah didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (BHD).
Panel lima hakim kanan yang bersidang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, membuat keputusan sebulat suara menolak rayuan yang difailkan Najib, setelah Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 menolak rayuannya.
Bekas Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO itu kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang.
Post time 16-9-2022 09:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by mojarean_X at 16-9-2022 09:37 PM
Yana tau kak mah bkn sahaja hilang suami namun dikecewakan anak lg satu plus dia pun bakal berada di blkg jeriji besi. Dia cuba mengurangkan bebanan emosi kak mah. Part ni byk anak2 lps pandang dan biarkan parent mereka berseorangan lps kehilangan pasangan. Iols pun wat benda yg sama tidur ngan mak iols lps bapa i meninggal.
Post time 16-9-2022 09:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mcm tu kot perasaan kalo kita dh kahwin berpuluh tahun tp kita dipaksa berpisah ngan pasangan hidup di hujung usia. Mcm Queen Elizabeth ngan Prince Philip. X smpi setahun lebih Queen pula pergi mengikut jejak suami tercinta.
Post time 16-9-2022 10:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mojarean_X replied at 16-9-2022 09:30 PM
Mcm tu kot perasaan kalo kita dh kahwin berpuluh tahun tp kita dipaksa berpisah ngan pasangan hidup ...
Biasanya gitu kalau pasangan yg mmg kulu kilir bersama dan tak penah pisah tempat tidur bagai.
Tapi kalau yg jenis baru umur 30 dah pisah tempat tidur sibuk nak tidur ngn anak, sementelah laki plak tidur sorang2 kat bilik org gaji tu yg lek2 je takde diselubungi rindu teruk.
Iols tak suka stail org melayu yg gemar pisah tempat tidur ngn laki bila dh berumur.
Tidur jela sebilik sampai bila2 korang masih laki bini kot walau dah berkedut seribu pun.
Hukumnya tetap sama je takdenya hanya pasangan muda je kena layan pasangan elok2 ke apa.